Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kursus Induksi In-House Jabatan Penerangan 2025

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelidikan dan Perkembangan, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Kursus Induksi In-House bagi Pegawai dan Kakitangan Jabatan Penerangan pada Isnin, 19 Jamadilawal 1447 bersamaan 10 November 2025 hingga Khamis, 22 Jamadilawal 1447 bersamaan 13 November 2025 iaitu selama 4 hari.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang fungsi, peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam, di samping  memupuk integriti, amanah dan semangat kerja berpasukan. Kursus ini juga untuk meningkatkan ilmu pengetahuan warga jabatan melalui maklumat-maklumat penting yang perlu diketahui dan difahami menerusi taklimat serta lawatan, seterusnya memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan antara pegawai dan kakitangan.

Seramai 20 pegawai dan kakitangan telah menyertai kursus tersebut melalui beberapa siri taklimat, aktiviti serta lawatan ke cawangan-cawangan daerah Jabatan Penerangan dan rakan-rakan agensi strategik.

Majlis Penyampaian Sijil Kursus telah diadakan di Mutiara Exchange dan disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah, Pemangku Pengarah Penerangan.

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (21).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (3).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (14).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (10).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (11).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (4).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (1).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (9).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (5).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (6).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (13).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (8).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (12).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (20).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (17).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (18).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (16).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (19).jpg

Kursus Induksi Jabatan Penerangan 2025 (15).jpg


Attachments
Created at 03/12/2025 02:43 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 03/12/2025 02:43 PM by nurakram.bahrin