BERAKAS, Selasa, 11 November. - Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK) pada pagi tadi mengadakan Program Perkongsian Maklumat bersama Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan bertempat Dewan Atria Simpur, Arah Bawah, Bangunan Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya.
Lawatan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan, selaku Urus Setia kepada JPAKK & JJK, adalah bertujuan untuk menimba ilmu serta mempelajari kaedah dan amalan-amalan terbaik dari agensi-agensi yang telah dikenalpasti. Program disertai oleh para Pegawai Perhubungan Awam dan pengamal perhubungan awam dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan.
Pada lawatan ini, rombongan telah diberikan taklimat mengenai dengan struktur dan organisasi, pengendalian aduan-aduan orang ramai, strategi pembarigaan maklumat berkenaan penambahbaikan infrastruktur dan prasarana awam dan saluran-saluran komunikasi yang digunakan. Lawatan ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan percambahan fikiran antara ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Awam.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)