Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid
BELAIT, Isnin, 10 November. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Cawangan Daerah meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD)' dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Sayyidina Ali (SMSA), Kuala Belait.
Seramai 124 penuntut Tahun 7, Tahun 8 dan Tahun 9 menghadiri taklimat yang diadakan di dewan sekolah berkenaan.
Turut hadir, Timbalan Pengetua sekolah berkenaan, DayangHajah Jumimah binti Haji Jumat serta para tenaga pengajar.
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Muhd. Khairulhadi bin Haji Muhd. Muhtaddir, selaku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik-kibarkan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan'.
Selain itu, para penuntut juga menyaksikan tayangan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera' dan berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.
Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.
Selain itu, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.
.jpg)
%20(1).jpg)
%20(1).jpg)
%20(1).jpg)