Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Jabatan Penerangan Anjur Kursus Singkat Aplikasi Canva

BERAKAS, Selasa, 6 November. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelidikan dan Perkembangan, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Kursus Singkat Aplikasi Canva pada Rabu, 14 Jamadilawal 1447 bersamaan 5 November 2025 hingga Khamis, 15 Jamadilawal 1447 bersamaan 6 November 2025.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan kepada para peserta dalam menggunakan aplikasi Canva dengan lebih berkesan serta mengenali fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Peserta turut didedahkan asas-asas reka bentuk poster, e-poster, infografik serta sedikit pengenalan mengenai artwork files.

Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan telah menghadiri kursus tersebut yang diadakan di Bilik Latihan, Bangunan Asal Jabatan Penerangan.

Kursus disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Khairulanwar bin Haji Ibrahim, Pegawai Pereka Tingkat I. Manakala, sesi penyampaian sijil telah diadakan di Galeri Lentera Makmur, Jabatan Penerangan dan disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah, Pemangku Pengarah Penerangan.

Kursus Singkat Aplikasi Canva (3).jpg

Kursus Singkat Aplikasi Canva (6).jpg

Kursus Singkat Aplikasi Canva (5).jpg

Kursus Singkat Aplikasi Canva (2).jpg

Kursus Singkat Aplikasi Canva (7).jpg 

Kursus Singkat Aplikasi Canva (10).jpg 

Kursus Singkat Aplikasi Canva (8).jpg 

Kursus Singkat Aplikasi Canva (1).jpg 

Kursus Singkat Aplikasi Canva (9).jpg


Attachments
Created at 17/11/2025 12:29 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 17/11/2025 12:29 PM by nurakram.bahrin