Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka eratkan hubungan kerajaan, rakyat

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

SENGKURONG, Selasa, 28 Oktober. - Dalam usaha untuk membarigakan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menghubungkan jalinan antara penduduk kampung dan pihak kerajaan melalui kaedah penyampaian isu-isu kampung yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Tanjong Nangka, Mukim Sengkurong, Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan pada program yang berlangsung di Pejabat Penghulu dan Ketua-ketua Kampung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, di sini ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

Manakala rombongan dari Kampung Tanjong Nangka diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Tanjong Nangka, Awang Haji Hamdan bin Haji Ajak.

Turut hadir menyampaikan maklumat kepada penduduk-penduduk kampung ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Tenaga dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik, JPM.

Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan yang antara lain menekankan mengenai Peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Menurutnya, program tersebut sebagai salah satu usaha di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan dengan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan, yang antaranya berkaitan dengan keagamaan, prasarana, keselamatan dan kemudahan awam serta hal-hal lain.

Program Sua Muka bagi Kampung Tanjong Nangka (2).jpg

Program Sua Muka bagi Kampung Tanjong Nangka (3).jpg

Program Sua Muka bagi Kampung Tanjong Nangka (4).jpg

Program Sua Muka bagi Kampung Tanjong Nangka (5).jpg 

Program Sua Muka bagi Kampung Tanjong Nangka (6).jpg 

Program Sua Muka bagi Kampung Tanjong Nangka (7).jpg 

Program Sua Muka bagi Kampung Tanjong Nangka (8).jpg


Attachments
Created at 03/11/2025 04:12 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 03/11/2025 04:12 PM by nurakram.bahrin