Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka eratkan hubungan rakyat dengan kerajaan

Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

TUTONG, Selasa, 21 Oktober. - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah Tutong pagi tadi mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Lamunin, bertempat di Pusat Kemasyarakatan Dataran Gong Tiga, Kampung Lamunin, Mukim Lamunin, di sini.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan, Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar, manakala dari Kampung Lamunin diketuai oleh Ketua Kampung Lamunin,  Awang Saini bin Haji Othman.

Turut hadir menyampaikan maklumat kepada para penduduk kampung ialah pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan; Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Unified Smart Metering Services Sdn. Bhd. (USMS), Authority for Info-Communication Technology Industry (AITI) dan Jabatan Penerangan.

Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan di mana beliau menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan, iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan dengan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan prasarana, penyelenggaraan, pencemaran alam sekitar dan kemudahan awam serta hal-hal lain.

PC KAMPUNG LAMUNIN, 21102025 (1).jpg

PC KAMPUNG LAMUNIN, 21102025 (2).jpg

PC KAMPUNG LAMUNIN, 21102025 (3).jpg

PC KAMPUNG LAMUNIN, 21102025 (4).jpg

PC KAMPUNG LAMUNIN, 21102025 (5).jpg

PC KAMPUNG LAMUNIN, 21102025 (7).jpg

PC KAMPUNG LAMUNIN, 21102025 (8).jpg





Attachments
Created at 25/10/2025 04:11 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 25/10/2025 04:11 PM by nurakram.bahrin