Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

41 belia Daerah Belait sertai Program Literasi Penerangan

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Alishahrin Haji Mumin

BERAKAS, Khamis, 18 September. - Sebagai salah satu usaha untuk menyampaikan maklumat rasmi dan hasrat kerajaan kepada golongan belia, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Cawangan Daerah, menganjurkan Program Literasi Penerangan bagi Belia Mukim Daerah Belait selama dua hari bermula hari ini sehingga 20 September 2025.

Program tersebut disertai seramai 41 belia yang terdiri daripada Belia Majlis Perundingan Mukim (MPM), Belia Majlis Perundingan Kampung (MPK) serta belia dari Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE).

Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Awang Muhd. Khairulhadi bin Haji Muhd. Muhtaddir juga selaku Pengerusi Program dalam ucapannya menjelaskan bahawa program berkenaan merupakan antara usaha strategik Jabatan Penerangan dengan pendekatan Whole of Nation dan Whole of Government.

Ia dihasratkan melahirkan belia yang berilmu, berakhlak, siaga menghadapi cabaran masa depan serta mampu menyumbang ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035.

Beliau turut menyentuh mengenai tentang pentingnya peranan belia dalam membangun negara, memupuk kerjasama dan perhubungan erat di antara para belia dan peringkat akar umbi serta memahami maksud mengenai Dasar Belia 2020 – 2035.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pembukaan program tersebut yang berlangsung di Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

Sepanjang program peserta didedahkan dengan pelbagai maklumat semasa yang antaranya menyentuh pembangunan dan isu semasa belia dan dasar kerajaan, melalui pengisian taklimat, pelaksanaan aktiviti interaktif serta lawatan ke beberapa agensi terpilih.

Jabatan Penerangan dalam memantapkan lagi visi 'Membudayakan Masyarakat Bermaklumat' akan sentiasa mempelbagaikan platform pembarigaan maklumat mengenai dasar dan aktiviti kerajaan di samping memberikan peluang untuk Jabatan Penerangan untuk lebih memahami lagi kehendak semasa dalam kalangan belia.

PLP KB (8).jpg

PLP KB (11).jpg

PLP KB (9).jpg

PLP KB (5).jpg

PLP KB (6).jpg

PLP KB (4).jpg 

PLP KB (3).jpg 

PLP KB (7).jpg 

PLP KB (2).jpg 

PLP KB (1).jpg


Attachments
Created at 27/09/2025 04:22 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 27/09/2025 04:22 PM by nurakram.bahrin