Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Dekati masyarakat melalui Program Muzakarah Penerangan

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

TEMBURONG, Selasa, 16 September. - Selaras dengan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan, Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Bahagian Cawangan Daerah telah mengadakan Program Muzakarah Penerangan bersama penduduk Mukim Bangar yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong, pagi tadi.

Program Muzakarah Penerangan, yang antara lain bertujuan untuk mendekati masyarakat secara turun padang melalui pendekatan bersemuka.

Terdahulu, Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah dalam ucapannya menyatakan bahawa program ini adalah salah satu usaha kerajaan, melalui Jabatan Penerangan untuk menyediakan wadah secara bersemuka untuk berdialog dan berkongsi maklumat antara agensi-agensi kerajaan dan para pemimpin akar umbi serta masyarakat sekeliling.

“Program Muzakarah ini bukanlah satu program baharu dalam usaha jabatan untuk mendekati masyarakat. Ia adalah bertujuan untuk menanai hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda yang pemedulian.

“Pendekatan ini juga sejajar dengan prinsip Islam yang menekankan kepentingan musyawarah dalam menangani sebarang isu atau permasalahan yang timbul," jelas beliau lagi.

Sementara itu, Penghulu Mukim Zon 1 Daerah Temburong, Awang Arbi bin Haji Shahari dalam ucapan balasnya antara lain menjelaskan bahawa program ini amat penting kerana ia bukan sahaja menjadi wadah untuk bertukar fikiran, tetapi juga sebagai penghubung yang mengeratkan lagi hubungan antara agensi kerajaan dengan masyarakat di peringkat akar umbi.

Malah dengan adanya program ini, ia merupakan platform penting bagi memastikan isu dan permasalahan rakyat serta penduduk di negara ini dapat ditangani dengan sebaik mungkin mengikut gerak kerja masing-masing.

Hadir selaku ahli panel muzakarah ialah pegawai-pegawai kanan dari agensi-agensi kerajaan iaitu Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Saliran dan Pembetungan, Jabatan Perkhidmatan Air, Cawangan Kerja Raya Daerah Temburong, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya.

Antara perkara yang dibentangkan pada muzakarah berkenaan meliputi prasarana, kemudahan awam, keselamatan dan lain-lain.

PMP BANGAR (9).jpg 

PMP BANGAR (8).jpg

PMP BANGAR (5).jpg 

PMP BANGAR (10).jpg 

PMP BANGAR (6).jpg

PMP BANGAR (2).jpg 

PMP BANGAR (1).jpg 

PMP BANGAR (3).jpg 

PMP BANGAR (4).jpg


Attachments
Created at 20/09/2025 04:09 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 20/09/2025 04:09 PM by nurakram.bahrin