Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat patriotisme, sifat perpaduan

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

JERUDONG, Sabtu, 9 Ogos. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Sayyidina Husain.

Taklimat yang mengambil tempat di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan itu dihadiri oleh Pengetua, Dayang Nor'izzah binti Haji Othman dan para tenaga pengajar sekolah.

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, kepada 380 orang pelajar Tahun 7, 8 dan 9.

Program dihasrat untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community), di mana para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh pengetua sekolah berkenaan.

Jerayawara ASEAN juga merupakan usaha berterusan untuk menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) di kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

Pada masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

JKASMSAYYIDINAHUSAIN09082028 (4) (1).jpg

JKASMSAYYIDINAHUSAIN09082028 (5) (1).jpg

JKASMSAYYIDINAHUSAIN09082028 (10) (1).jpg

JKASMSAYYIDINAHUSAIN09082028 (9) (1).jpg


Attachments
Created at 12/08/2025 04:21 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 12/08/2025 04:21 PM by nurakram.bahrin