Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bengkel Asas Penyediaan Siaran Akhbar Bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat

Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Penyelidikan dan Perkembangan, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Bengkel Asas Penyediaan Siaran Akhbar pada Isnin, 3 Safar 1447 bersamaan 28 Julai 2025.

Bengkel ini bertujuan untuk mendalami lagi asas-asas penyediaan dan penulisan siaran akhbar yang betul dan efektif serta memantapkan kemahiran para pegawai dan kakitangan.

Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menghadiri bengkel tersebut yang diadakan di Bilik Latihan, Bangunan Asal Jabatan Penerangan.

Bengkel disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini, Timbalan Pengarah Penerangan. Manakala, sesi penyampaian sijil diadakan di Galeri Lentera Makmur, Jabatan Penerangan dan disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah, Pemangku Pengarah Penerangan.

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.46_04393a31.jpg

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.46_ed874792.jpg

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.47_499e7c1c.jpg

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.46_abdfa9dd.jpg 

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.46_ecc63acf.jpg 

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.45_d417f4d2.jpg 

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.45_4f6147de.jpg 

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.45_b3cc7f7b.jpg 

WhatsApp Image 2025-07-29 at 12.41.45_24a05e2a.jpg


Attachments
Created at 07/08/2025 11:14 AM by nurakram.bahrin
Last modified at 07/08/2025 11:14 AM by nurakram.bahrin