Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

BERAKAS, Selasa, 8 Julai. - Dalam usaha ke arah memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan untuk membangun negara terutamanya bagi mencapai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Penerangan menerusi Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah mengadakan Majlis Pembukaan bagi Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini, bertempat di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

Program disertai oleh seramai 48 peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Bukit Udal dan Penapar, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Penerangan Kanan, Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar. Turut hadir, Ketua Kampung Bukit Udal dan Penapar, Awang Haji Masri bin Haji Abdullah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dikepalai oleh Bilal Masjid Kampung Penapar, Awang Muhammad Khairi bin Haji Khairol Alaika.

Dalam ucapan alu-aluan Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Mohd. Nurakram bin Noraini@Bahrin antara lain menyentuh mengenai dengan PMB merupakan inisiatif jabatan dalam memberikan peluang kepada masyarakat untuk menimba ilmu pengetahuan dengan lebih lanjut mengenai dengan usaha-usaha pihak kerajaan dan agensi-agensi berkenaan dalam sama-sama membangun Negara Brunei Darussalam.

“Ia meningkatkan kefahaman mengenai dengan bidang keusahawanan dan program-program yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan ataupun swasta dan memahami usaha-usaha kerajaan dalam mengatasi isu pengangguran serta mendorong pertumbuhan ekonomi serta memberikan inspirasi melalui lawatan sambil belajar ke perusahaan-perusahaan tempatan," tambahnya.

Selaras dengan tujuan program iaitu untuk menyuntik semangat dan menginspirasi anggota masyarakat dalam usaha-usaha meningkatkan pengetahuan serta pendedahan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kapasiti dan pengetahuan, program ini telah disusun atur dengan beberapa sesi taklimat dan lawatan ke agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan, usaha kerajaan (2).jpeg

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan, usaha kerajaan (4).jpeg

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan, usaha kerajaan (3).jpeg

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan, usaha kerajaan (5).jpeg

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan, usaha kerajaan (6).jpeg

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan, usaha kerajaan (7).jpeg

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan, usaha kerajaan (8).jpeg

Program Masyarakat Bermaklumat bariga pengetahuan, usaha kerajaan (9).jpeg

 


Attachments
Created at 05/08/2025 03:29 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 05/08/2025 03:51 PM by nurakram.bahrin