Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri telah menerima rombongan seramai 7 orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Perhubungan Awam, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Lawatan Pengetahuan (Familiarisation Visit) ke Jabatan Penerangan.
Rombongan berkesempatan menghadiri taklimat dari Unit Foto dan mempelajari secara lebih dekat berkenaan sistem dan tatacara penyimpanan serta pengurusan gambar-gambar seterusnya mengadakan lawatan ke Bahagian Pelita Brunei serta Galeri Lentera Makmur.