Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Tanam rasa cinta kepada raja, bangsa, negara

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

TUNGKU, Isnin, 2 Jun. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan khusus bagi Institut Pendidikan

Teknikal Brunei (IBTE) dan Pusat Tingkatan Enam dengan berkunjung ke IBTE Kampus Mekanikal, Tungku, hari ini.

Seramai 70 penuntut menghadiri program berkenaan yang diadakan di Dewan Kuliah, kampus tersebut. Turut hadir, Ketua Sekolah, Sekolah Tenaga dan Kejuruteraan Pusat, IBTE, Awang Anwar Syuwari bin Haji Md. Idris dan para tenaga pengajar kampus tersebut.

Antara tujuan program ini diadakan ialah untuk menanamkan rasa cinta kepada raja, bangsa dan negara di samping menyuntik semangat patriotisme dalam diri para penuntut melalui taklimat yang disampaikan.

Selain itu, program ini juga dihasratkan untuk mendukung matlamat Wawasan Brunei 2035

serta inisiatif di bawah Dasar Belia Negara dan Strategi 2020–2035. Taklimat bertajuk 'Peranan dan Tanggungjawab sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam' disampaikan oleh Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

Kandungan taklimat antara lain menyentuh mengenai peranan dan tanggungjawab rakyat kepada negara dan pemerintah, masyarakat serta keluarga dalam sama-sama menyumbang untuk kesejahteraan negara.

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (10).jpeg

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (6).jpeg

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (5).jpeg

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (3).jpeg

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (4).jpeg

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (7).jpeg

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (9).jpeg

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (8).jpeg

TK_BAGI IBTE KAMPUS MEKANIKAL, TUNGKU 02062025 (1).jpeg


Attachments
Created at 23/07/2025 02:43 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 23/07/2025 02:43 PM by nurakram.bahrin