Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka eratkan hubungan rakyat dengan kerajaan

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

TUTONG, Khamis, 19 Jun. - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah, hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus, Mukim Kiudang, Daerah Tutong, bertempat di Ruang Legar, Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Kampung Kiudang, di sini.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan, Pegawai Penerangan Kanan, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar yang juga selaku Ketua Bahagian Cawangan Daerah.

Manakala bagi pihak Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus diketuai oleh Ketua Kampung Pengkalan Mau, Bakiau dan Batang Mitus, Awang Suhili bin Alas.

Turut hadir menyampaikan taklimat kepada para penduduk kampung ialah pegawai- pegawai dari Unified Smart Metering System Sendirian Berhad (USMS) dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI).

Program dimulakan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Imam Tingkat IV masjid berkenaan, Awang Mohd. Hizbullah bin Haji Mohd. Noah dan diteruskan dengan mukadimah daripada ketua rombongan diikuti dengan penerangan.

Awang Haji Fathi Foad dalam mukadimah beliau telah menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan, iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan dengan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan prasarana dan kemudahan awam serta hal-hal lain. 

PC19062025 (10).jpeg

PC19062025 (9).jpeg

PC19062025 (8).jpeg

PC19062025 (7).jpeg


PC19062025 (6).jpeg

PC19062025 (5).jpeg

PC19062025 (3).jpeg


PC19062025 (2).jpeg

PC19062025 (1).jpeg


PC19062025 (4).jpeg


 


Attachments
Created at 24/06/2025 11:43 AM by shah.halim
Last modified at 24/06/2025 11:43 AM by shah.halim