Oleh: Khartini Hamir / Foto: Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Jun. – Program Literasi Penerangan bagi Belia Daerah Brunei dan Muara menutup tirainya petang tadi dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bertempat di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan, di sini.
Majlis penyampaian sijil tersebut disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini.
Program kali ini disertai oleh 41 peserta terdiri dari para penuntut institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Politeknik Brunei serta para belia dari sektor swasta, pencari pekerjaan dan yang sedang menjalani cuti penggal persekolahan.
Atur cara program hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Institusi Penjara Maraburong, di mana para peserta berpeluang mendengarkan taklimat mengenai sejarah penubuhan dan latar belakang Jabatan Penjara serta program-program pemulihan dan reintegrasi bagi rakan seliaan, demonstrasi sebatan secara sivil dan syariah serta lawatan ke bengkel-bengkel vokasional dan kemahiran.
Pada sebelah petang pula, para peserta mendengarkan taklimat mengenai 'Menambat Dastar, Menapih Sinjang dan Kain Kapit' yang dikendalikan oleh Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN), selain turut berpeluang mempelajari dan menyertai aktiviti menambat dastar dan menapih sinjang dengan bimbingan pegawai dari JAIN.
Program Literasi Penerangan merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penerangan menggunakan pendekatan Whole of Nation dan Whole of Government yang antara lain dihasratkan untuk melahirkan para belia berwawasan, mempunyai jati diri yang kukuh serta memiliki nilai luhur cintakan agama, bangsa dan negara yang tinggi serta memupuk rasa tanggungjawab ke arah memastikan Wawasan Brunei 2035 tercapai dengan jayanya.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)