Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Bariga maklumat asas ASEAN

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hernie Suliana Haji Othman 


TUTONG, Isnin, 9 Jun. - Jabatan Penerangan melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Muda Hashim bertempat di Dewan Jubli sekolah berkenaan. 

Turut hadir pada taklimat berkenaan ialah Timbalan Pengetua Akademik Sekolah, Dayang Jabaidah binti Jait dan para tenaga pengajar sekolah tersebut. 

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, 

Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail kepada 129 pelajar Tahun 7 yang mana taklimat antara lain untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community). 

Para pelajar juga berpeluang menyertai Kuiz Kenali ASEAN bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan. Seterusnya, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengetua Akademik sekolah berkenaan. 

Dalam hasrat untuk membarigakan mengenai ASEAN, ia juga usaha berterusan untuk menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan. 

Dalam masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti. 
JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (1).jpeg

JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (2).jpeg
JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (3).jpeg

JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (4).jpeg
JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (5).jpeg
JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (6).jpeg
JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (7).jpeg
JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (8).jpeg
JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (9).jpeg 
JKA Sekolah Menengah Muda Hashim 09062025 (10).jpeg




Attachments
Created at 12/06/2025 12:15 PM by shah.halim
Last modified at 12/06/2025 12:18 PM by shah.halim