Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

41 sertai Program Masyarakat Bermaklumat

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Alishahrin Haji Mumin

BERAKAS, Rabu, 28 Mei. – Dalam usaha ke arah memahami, menyokong dan menghargai usaha-usaha kerajaan untuk membangun negara terutamanya bagi mencapai Wawasan Brunei 2035, Jabatan Penerangan menerusi Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah mengadakan Majlis Pembukaan bagi Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini, bertempat di Dewan Auditorium, Jabatan Penerangan.

Program disertai oleh seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Tanjong Maya dan Lubok Pulau, Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong.

Hadir ialah Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dikepalai oleh Imam Masjid Kampung Tanjong Maya Tutong, Awang Abdul Azim bin Haji Jamsar.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Awang Muhammad Azyzul Azman@Rosman bin Yakub antara lain menyentuh agar masyarakat sedar dan meningkatkan tentang peranan dan tanggungjawab dalam membangun negara.

Jelas beliau lagi, program tersebut adalah juga untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai dengan bidang keusahawanan dan program-program yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan atau pun swasta.

“Memahami usaha-usaha kerajaan dalam mengatasi isu pengangguran dan mendorong pertumbuhan ekonomi untuk memberikan inspirasi melalui lawatan sambil belajar ke perusahaan-perusahaan tempatan," jelasnya.

Selaras dengan tujuan program iaitu untuk menyuntik semangat dan menginspirasi anggota masyarakat dalam usaha-usaha meningkatkan pengetahuan serta pendedahan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kapasiti dan pengetahuan, program ini telah disusun atur dengan beberapa sesi taklimat dan lawatan ke agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

IMG_0067.jpeg 

IMG_0066.jpeg

IMG_0069.jpeg

IMG_0068.jpeg


Attachments
Created at 05/06/2025 12:07 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 12/06/2025 12:16 PM by shah.halim