Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Suntik semangat patriotisme, sifat perpaduan kalangan pelajar

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Azmah Haji Ahad

KUALA BELAIT, Selasa, 13 Mei. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI terus melaksanakan usahanya dalam membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini melalui Jerayawara Kenali ASEAN.

Sehubungan itu, jerayawara berkenaan diteruskan lagi di Sekolah Arab Belait.

Seramai 34 orang pelajar Tahun 7 dan 8 menghadiri Taklimat Kenali ASEAN yang diadakan di Musolla sekolah berkenaan.

Turut hadir pada taklimat berkenaan ialah Penolong Guru Besar, Awang Haji Muhd Roselyzan bin Haji Sipin dan para tenaga pengajar sekolah tersebut.

Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail antara lain untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community). 

Para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Guru Besar sekolah berkenaan.

Dalam hasrat untuk membarigakan mengenai ASEAN, ia juga usaha berterusan untuk menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

Pada masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (9).jpeg

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (1).jpeg

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (6).jpeg

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (8).jpeg

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (7).jpeg

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (5).jpeg

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (2).jpeg

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (3).jpeg

JKA BAGI SEKOLAH ARAB BELAIT, 13052025 (4).jpeg



Attachments
Created at 15/05/2025 12:06 PM by nurakram.bahrin
Last modified at 15/05/2025 12:08 PM by nurakram.bahrin