Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka fokuskan kebajikan, kesejahteraan masyarakat

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid 

SENGKURONG, Khamis, 1 Mei. - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, pagi tadi mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Jerudong B (Kampung Peninjau), Mukim Sengkurong bertempat di Pejabat Penghulu dan Ketua Kampung, Mukim Sengkurong.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim, manakala bagi pihak Kampung Jerudong B diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang.

Turut hadir ialah Penghulu Mukim Sengkurong, Dr. Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman.

Program diisikan dengan penyampaian maklumat mengenai penyebaran maklumat palsu (fake news) kepada penduduk-penduduk kampung yang disampaikan oleh Jabatan Penerangan.

Kemudian diteruskan dengan maklumat mengenai tatacara penjimatan elektrik oleh pihak Jabatan Tenaga, penggunaan Sistem Meter Baharu yang disampaikan oleh pihak Unified Smart Metering System Sendirian Berhad (USMS) dan juga Pendaftaran Semula Kad Sim Prabayar oleh Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI).

Program dimulakan dengan mukadimah daripada Dayang Mufidah di mana beliau menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Sebagai salah satu strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka, program tersebut juga dihasrat dapat meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan dengan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan prasarana, keselamatan, kebersihan, pertanian dan kemudahan penduduk kampung.

PC bagi Kampung Jerudong B (1).jpg

PC bagi Kampung Jerudong B (3).jpg

PC bagi Kampung Jerudong B (4).jpg

PC bagi Kampung Jerudong B (5).jpg 

PC bagi Kampung Jerudong B (6).jpg 

PC bagi Kampung Jerudong B (7).jpg 

PC bagi Kampung Jerudong B (8).jpg

PC bagi Kampung Jerudong B (9).jpg 

PC bagi Kampung Jerudong B (10).jpg

 


Attachments
Created at 03/05/2025 04:22 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 03/05/2025 04:22 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin