Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
RIMBA, Selasa, 25 Februari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Rimba II.
Seramai 116 orang penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Lecture Theatre sekolah berkenaan.
Turut hadir ialah Pengetua Sekolah, Awang Darlin Sia Vui Sue dan para tenaga pengajar.
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim, selaku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik kibarkan bendera negara serta sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.
Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.
Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.
Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)