Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Februari. - Seramai 168 penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Menglait Gadong (SMMG) hari ini menghadiri Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD)' anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.
Taklimat Kenegaraan yang dikendalikan oleh Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik tersebut diadakan di Dewan Melati, SMMG.
Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, SMMG, Dayang Rina binti Ajak, dan para tenaga pengajar.
Taklimat itu disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.
Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain mengongsikan mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan'.
Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.
Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.
Ia juga dihasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.
.jpg)