Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Jerayawara Kenali ASEAN perkukuh semangat perpaduan

Oleh: Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto: Mohammad Hasif bin Matzin

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Februari.- Dalam usaha untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI meneruskan lagi Jerayawara Kenali ASEAN dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam, di sini.

Turut hadir pada taklimat berkenaan ialah Pengetua Sekolah, Dayang Hajah Norhashimah binti Haji Burut; serta para tenaga pengajar sekolah berkenaan.

Seramai 179 orang pelajar Tahun 8 menghadiri Taklimat Kenali ASEAN yang disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail.

Antara lain taklimat adalah untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan para pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community).

Para pelajar juga berkesempatan untuk mengikuti sesi Kuiz Kenali ASEAN.

Dalam hasrat untuk membarigakan mengenai ASEAN, ia juga usaha berterusan untuk menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar-pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan, pada masa yang sama juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa nanti.

JKA SMJA 01022025 (1) (1).jpeg

JKA SMJA 01022025 (2) (1).jpeg

JKA SMJA 01022025 (3) (1).jpeg

JKA SMJA 01022025 (4) (1).jpeg

JKA SMJA 01022025 (5) (1).jpeg

JKA SMJA 01022025 (6) (1).jpeg

JKA SMJA 01022025 (7) (1).jpeg

 JKA SMJA 01022025 (8) (1).jpeg

JKA SMJA 01022025 (9) (1).jpeg

JKA SMJA 01022025 (10) (1).jpeg

Attachments
Created at 04/02/2025 03:14 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim
Last modified at 04/02/2025 03:14 PM by Mohammad Khaiddir Shah Bin Hj Abdul Halim