Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Azmah Haji Ahad
TEMBURONG, Sabtu, 25 Januari. - Seramai 55 penuntut Sekolah Arab, Temburong dari Tahun 5 hingga 8 menghadiri Program Taklimat 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' di dewan sekolah berkenaan, hari ini.
Program tersebut dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dan dikendalikan oleh Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Bahagian Cawangan Daerah.
Turut hadir, Guru Besar Sekolah Arab, Temburong, Dayang Serikartini binti Haji Omar, serta para tenaga pengajar.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Cawangan Daerah Temburong, Dayang Izzah Hazirah binti Haji Adi Othman.
Taklimat antara lain mengongsikan mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.
Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.
Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.
Ia juga dihasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.
.jpeg)
.jpeg)