Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Hernie Suliana Haji Othman
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 25 Januari. - Dalam usaha untuk menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri hari ini meneruskan Program Taklimat 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' di Sekolah Menengah Nusa Laila Puteri, Jangsak.
Taklimat Kenegaraan yang dikendalikan oleh Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, itu disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Awang Mohammad Khaiddir Shah bin Haji Abdul Halim.
Seramai 33 penuntut Tahun 7 menghadiri sesi taklimat yang diadakan diadakan di Dewan Puteri, sekolah berkenaan.
Turut hadir ialah Pengetua Sekolah, Dayang Dalilah Syazwi @ Dalilah Farzana binti Haji Laidin dan para tenaga pengajar.
Antara perisian taklimat yang disampaikan ialah mengenai raja, tatacara menaik kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.
Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.
Program merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan yang juga dihasrat akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)