Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Suzani Adina Haji Marzoki

BELAIT, Khamis, 23 Januari. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD)' dengan berkunjung ke Chung Hua Middle School, Kuala Belait.

Seramai 79 penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Auditorium sekolah berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Pengetua sekolah berkenaan, Dayang Valarie Kong Yun, dan para tenaga pengajar.

Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, selaku Ketua Unit Kenegaraan di Jabatan Penerangan, yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik-kibarkan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan NBD 'Allah Peliharakan Sultan'.

Selain itu, para penuntut juga menyaksikan tayangan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera' dan berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Selain itu, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (1).jpeg

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (2).jpeg

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (3).jpeg

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (4).jpeg

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (6).jpeg

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (7).jpeg

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (8).jpeg

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (9).jpeg 

TK SEKOLAH CHUNGHWA KB 23012025 (10).jpeg


Attachments
Created at 25/01/2025 03:56 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 25/01/2025 03:56 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin