Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

29 peserta timba pelbagai ilmu menerusi PMB

Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Azmah Haji Ahad

BERAKAS, Rabu, 22 Januari. - Jabatan Penerangan menerusi Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik mengadakan Majlis Pembukaan bagi Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini, bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Tambahan, Jabatan Penerangan.

Program disertai oleh seramai 29 peserta terdiri daripada Ahli-ahli Sukarelawan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Belia Masjid Surau Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Saiful Rijal.

Hadir ialah Pemangku Ketua Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Saadiatul Nur Aqilah binti Haji Jaman.

Turut hadir Penolong Pengarah Urusan Perkhidmatan Kebajikan dan Pembangunan Sosial, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Iswandy bin Ahmad.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dikepalai oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Awang Haji Mahmud Hafidzie bin Haji Awang Ali Mashod, diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Unit Hubungan Masyarakat, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin.

Dalam ucapannya, Pengiran Haji Ahmad Fadillah antara lain menyentuh bahawa PMB merupakan satu inisiatif jabatan bagi memberikan peluang kepada masyarakat untuk menimba ilmu pengetahuan dengan lebih lanjut, mengikut keperluan semasa dan isu yang relevan dengan keperluan pembangunan negara pada masa ini dan yang akan datang.

Jelas beliau lagi, PMB kali ini, memfokuskan kepada dua aspek utama iaitu usaha bagi menjamin kehidupan sosial yang lebih baik dan ekonomi yang mapan, selaras dengan Wawasan 2035 selain kepentingan bagi mencari peluang yang ada untuk sama-sama berganding bahu bersama agensi-agensi berkenaan secara 'Whole of Nation' dalam mencapai aspirasi negara.

Selaras dengan tujuan program iaitu untuk menyuntik semangat dan menginspirasi anggota masyarakat dalam usaha-usaha meningkatkan pengetahuan serta pendedahan kepada aktiviti-aktiviti peningkatan kapasiti dan pengetahuan, program ini telah disusun atur dengan beberapa sesi taklimat dan lawatan ke agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

PMB Sukarelawan YSHHB 3.jpg

PMB Sukarelawan YSHHB.jpg

PMB Sukarelawan YSHHB 1.jpg


Attachments
Created at 25/01/2025 03:48 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 25/01/2025 03:48 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin