Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Taklimat Kenegaraan semai semangat patriotisme pelajar

Oleh : Nurul Rasyidah Mohamad Rosland / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 9 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik mengadakan Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bertempat di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, hari ini.

Seramai 156 orang penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. Antara tujuan program taklimat ini adalah sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan untuk menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa, dan negara, sekali gus mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotisme, dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

Pengisian program taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaikkan serta mengibarkan bendera negara, selain sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Allah Peliharakan Sultan'.

Selain itu, para penuntut turut menyaksikan tayangan video animasi bertajuk 'Tatacara Menaikkan Bendera' dan berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka tentang taklimat yang disampaikan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan.

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (2).jpeg

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (3).jpeg

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (4).jpeg

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (5).jpeg

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (6).jpeg 

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (9).jpeg

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (7).jpeg

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (10).jpeg

TK SM Pengiran Anak Puteri Hajah Masna 09012025 (8).jpeg




Attachments
Created at 25/01/2025 03:43 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 25/01/2025 03:43 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin