Oleh : Nooratini Haji Abas / Foto : Hernie Suliana Haji Othman
MUKIM LUMAPAS, Sabtu, 11 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab.
Seramai 156 orang penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.
Turut hadir, Timbalan Pengetua (Pentadbiran), Dayang Hajah Rosiah binti Haji Gharip dan para tenaga pengajar.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik-kibarkan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.
Selain itu, para penuntut juga menyaksikan tayangan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera' dan berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.
Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)