Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka terus dekati penduduk kampung

Oleh : Pg. Syiaruddin Pg. Dauddin / Foto : Alishahrin Haji Mumin

TUTONG, Selasa, 14 Januari. - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Danau, Mukim Telisai, Daerah Tutong bertempat di Dewan Kemasyarakatan Kampung Danau, Mukim Telisai, di sini.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

Juga hadir menyampaikan maklumat kepada penduduk-penduduk kampung, pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Saliran dan Pembetungan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Hal Ehwal Ugama Tutong, Syarikat USMS Sdn. Bhd. dan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI).

Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan di mana beliau menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu komunikasi bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan prasarana, kesejahteraan dan kemudahan awam serta hal-hal lain.

Program Sua Muka bagi Kampung Danau, Mukim Telisai 14012025 (3).jpeg 

Program Sua Muka bagi Kampung Danau, Mukim Telisai 14012025 (2).jpeg

Program Sua Muka bagi Kampung Danau, Mukim Telisai 14012025 (1).jpeg

Program Sua Muka bagi Kampung Danau, Mukim Telisai 14012025 (5).jpeg 

Program Sua Muka bagi Kampung Danau, Mukim Telisai 14012025 (6).jpeg


Attachments
Created at 25/01/2025 02:31 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 25/01/2025 02:31 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin