Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Alishahrin Haji Mumin
TUTONG, Sabtu, 18 Januari. - Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Tanjong Maya, hari ini.
Seramai 100 penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. Turut hadir, Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayang Nazifah binti Haji Nawang; Guru Kanan Pentadbiran, Awang Abdul Rahmani bin Haji Jamuddin dan para tenaga pengajar yang lain.
Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Nooramalina binti Haji Mohd. Daud selaku Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Penerangan Daerah yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik-kibarkan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.
Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.
Program ini merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)