Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Mengukuhkan semangat solidariti, patriotik pelajar

Oleh : Khartini Hamir / Foto : Suzani Adina Haji Marzoki

BELAIT, Selasa, 21 Januari. - Sebagai salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dalam menyemai rasa cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Cawangan Daerah meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' dengan berkunjung ke Sekolah Menengah Perdana Wazir, di daerah ini.

Seramai 110 penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Akademik, Pengiran Suzelawatiaidah binti Pengiran Haji Sulaiman, dan para tenaga pengajar.

Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Muhd. Khairulhadi bin Haji Muhd. Muhtaddir, selaku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait bersama Pemangku Pegawai Luar, Bahagian Cawangan Penerangan, Dayang Noraisah binti Haji Muhammed.

Taklimat antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik-kibarkan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Selain itu, para penuntut juga menyaksikan tayangan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera'. Pada akhir program, para penuntut turut berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

Program berkenaan bertujuan untuk mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (3).jpeg

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (4).jpeg

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (5).jpeg

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (7).jpeg 

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (9).jpeg

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (10).jpeg

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (6).jpeg 

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (2).jpeg 

21012025 TK Sekolah Menengah Perdana Wazir (8).jpeg




Attachments
Created at 25/01/2025 02:07 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 25/01/2025 02:07 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin