Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Mengukuhkan semangat solidariti, patriotik pelajar

Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MASIN, Isnin, 6 Januari. - Seramai 155 penuntut Tahun 7 dari Sekolah Menengah Masin pagi tadi mengikuti Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan, di sini.

Turut hadir, Pengetua Sekolah Menengah Masin, Dayang Hajah Norwen binti Haji Brahim dan para tenaga pengajar.

Taklimat disampaikan oleh Pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris, yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik-kibarkan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

Selain itu, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

TK SM Masin 1.jpg 

TK SM Masin 2.jpg 

TK SM Masin 4.jpg 

TK SM Masin 5.jpg 

TK SM Masin 6.jpg 

TK SM Masin 7.jpg 

TK SM Masin 9.jpg 

TK SM Masin.jpg 

TK SM Masin 8.jpg

 


Attachments
Created at 09/01/2025 10:26 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 09/01/2025 10:26 AM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin