Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka : Landasan kongsi, bincang isu semasa

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

BELAIT, Sabtu, 30 November. – Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Cawangan Daerah, hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lumut Kawasan 1, Mukim Liang, Daerah Belait bertempat di Bilik Sungai Tali, Liang Lumut Recreation Club (LLRC), Jalan Pantai Lumut, di sini.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan, Pemangku Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Dayang Izzah Hazirah binti Haji Adi Othman.

Turut hadir menyampaikan maklumat kepada para penduduk kampung ialah para pegawai dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kemajuan Perumahan dan Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya.

Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan yang antara lain menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Menurutnya, salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan, iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan dengan sesi dialog bersama para penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan prasarana, keselamatan, ketenteraman awam dan kemudahan awam serta hal-hal lain.

PC bagi Kpg RPN Lumut I (1).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (2).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (3).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (4).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (5).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (6).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (7).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (8).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (9).jpeg

PC bagi Kpg RPN Lumut I (10).jpeg




Attachments
Created at 16/12/2024 04:07 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 16/12/2024 04:17 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin