Oleh: Muhamad Khairul Hisyam Jaya / Foto: Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman
BERAKAS, Rabu, 27 November. – Jabatan Penerangan melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, telah mengadakan Majlis Pembukaan Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 November, di Galeri Lentera Makmur, Jabatan Penerangan.
Program ini disertai seramai 33 peserta, terdiri daripada pencari kerja yang berdaftar dengan Pusat Pekerjaan Brunei dan mahasiswa dari institusi pengajian tinggi tempatan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim, selaku Ketua Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pembantu Pegawai Luar Penerangan, Awang Haji Mahmud Hafidzie bin Haji Awg Ali Mashod.
Seterusnya, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin,yang menekankan bahawa PMB merupakan inisiatif untuk menyediakan peluang kepada masyarakat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan menyesuaikan diri dengan keperluan semasa serta isu-isu relevan dalam pembangunan negara.
Beliau turut menjelaskan bahawa tema program kali ini menekankan pembangunan kemahiran dan kapasiti dalam menerokai peluang pekerjaan dan keusahawanan.
Program ini bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat dengan pendedahan kepada pelbagai aktiviti peningkatan kapasiti dan pengetahuan.
Peserta juga akan mengikuti sesi taklimat dan lawatan ke beberapa agensi kerajaan terpilih sepanjang program berlangsung.
%20bagi%20Pusat%20Pekerjaan%20Brunei%20%20(7).jpg)
%20bagi%20Pusat%20Pekerjaan%20Brunei%20%20(1).jpg)
%20bagi%20Pusat%20Pekerjaan%20Brunei%20%20(3).jpg)
%20bagi%20Pusat%20Pekerjaan%20Brunei%20%20(6).jpg)
%20bagi%20Pusat%20Pekerjaan%20Brunei%20%20(2).jpg)