Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka bariga isu semasa, dasar kerajaan

​Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Mohammad Hasif Matzin

BELAIT, Isnin, 25 November. – Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Cawangan Daerah, hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Merangking, Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait bertempat di Rumah Kediaman Pemangku Ketua Kampung Merangking, Mukim Bukit Sawat.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

Turut hadir menyampaikan maklumat kepada penduduk-penduduk kampung pegawai-pegawai dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan di mana beliau menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Ini merupakan salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan prasarana dan kemudahan awam serta hal-hal lain.

PCKPGMERANGKING (1).jpeg

PCKPGMERANGKING (3).jpeg

PCKPGMERANGKING (4).jpeg

PCKPGMERANGKING (5).jpeg

PCKPGMERANGKING (6).jpeg

PCKPGMERANGKING (7).jpeg

PCKPGMERANGKING (9).jpeg

PCKPGMERANGKING (8).jpeg

PCKPGMERANGKING (10).jpeg



Attachments
Created at 30/11/2024 12:54 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 30/11/2024 01:06 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin