Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Semai semangat solidariti

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman

JERUDONG, Isnin, 25 November. – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan 'Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' dengan berkunjung ke Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

Seramai 71 penuntut Tahun 7 menghadiri taklimat yang diadakan di Teater Kuliah sekolah berkenaan.

Turut hadir, Pengetua sekolah, Nicholas Sheehan, dan para tenaga pengajar.

Taklimat disampaikan oleh Pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin, yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik kibarkan bendera negara serta sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Allah Peliharakan Sultan'.

Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

Program berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Selain itu, ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.10 (1).jpeg

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.10 (2).jpeg

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.11.jpeg

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.09 (2).jpeg

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.08 (1).jpeg

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.08 (2).jpeg

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.09 (1).jpeg

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.10.jpeg

WhatsApp Image 2024-11-25 at 17.31.09 (4).jpeg




Attachments
Created at 30/11/2024 12:02 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 30/11/2024 12:51 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin