Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka sampaikan maklumat isu semasa, dasar kerajaan

Oleh : Haniza Abdul Latif / Foto : Azmah Haji Ahad

BELAIT, Khamis, 14 November. - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Cawangan Daerah, mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Labi II, Mukim Labi, Daerah Belait bertempat di Dewan Jabatan Kerajaan-Kerajaan, Mukim Labi.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

Turut hadir menyampaikan maklumat kepada penduduk-penduduk kampung pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Pihak Berkuasa bagi Teknologi Info-Komunikasi (Authority for InfoCommunications Technology - AITI), Unified National Networks Sdn. Bhd. (UNN) dan Unified Smart Metering Services Sdn. Bhd. (USMS).

Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan di mana beliau menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan prasarana komunikasi, penyelenggaraan dan kemudahan awam serta hal-hal lain.

Program Sua Muka bagi Kampung Labi II, Mukim Labi, Daerah Belait  (4).jpeg

Program Sua Muka bagi Kampung Labi II, Mukim Labi, Daerah Belait  (3).jpeg 

Program Sua Muka bagi Kampung Labi II, Mukim Labi, Daerah Belait  (1).jpeg 

Program Sua Muka bagi Kampung Labi II, Mukim Labi, Daerah Belait  (2).jpeg


Attachments
Created at 16/11/2024 04:54 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 16/11/2024 04:54 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin