Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Sua Muka platform sampaikan dasar kerajaan

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BELAIT, Khamis, 7 November. - Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa, dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Belait, Bahagian Cawangan Daerah, hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Sungai Liang, Mukim Liang, Daerah Belait bertempat di Balai Raya Kampung Sungai Liang, Mukim Liang.

Hadir mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Ketua Bahagian Cawangan Daerah, Awang Haji Fathi Foad bin Dato Seri Setia Haji Abu Bakar.

Program dimulakan dengan mukadimah daripada ketua rombongan di mana beliau menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat yang terkini, dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei.

Salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan-rakyat dan rakyat-kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

Program Sua Muka turut diisikan sesi dialog bersama penduduk kampung mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang antara lain berkaitan dengan alam sekitar, prasarana dan kemudahan awam serta hal-hal lain.

Turut hadir menyampaikan maklumat kepada penduduk-penduduk kampung pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Daerah Belait.

PR30B7_1.JPE

PROGRA_4.JPE

PROGRA_3.JPE

PROGRA_2.JPE

PROGRA_1.JPE

PRFAB1_1.JPE 

PRED5F_1.JPE 

PRE8E2_1.JPE 

PR6BE3_1.JPE


Attachments
Created at 12/11/2024 04:03 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin
Last modified at 12/11/2024 04:03 PM by Mohammad Nurakram Bin Noraini @ Bahrin