Traditional Handicrafts of Brunei Darussalam

Buku ini memperkenalkan keindahan yang tiada tandingan dan kualiti unggul seni halus dan kraf tangan Brunei Darussalam yang telah dihasilkan oleh tukang mahir dan diwarisi dari generasi ke generasi.

Brunei Darussalam In Brief
(Revised 2018)

Brunei Darussalam In Brief 2018 merupakan sebuah penerbitan yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Penerbitan ini menyediakan maklumat ringkas mengenai sejarah, sistem pemerintahan, ekonomi, budaya, masyarakat, pelancongan serta perkembangan sosioekonomi negara. Ia turut merangkumi maklumat mengenai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bendera dan lambang negara, serta tempat-tempat menarik di Brunei Darussalam. Penerbitan ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh mengenai negara Brunei Darussalam kepada orang ramai.

Brunei in Seconds 2018

“Brunei in Seconds” hampir serupa dengan “Brunei in Brief”, namun ia merupakan sebuah risalah yang kandungannya menyediakan ringkasan maklumat mengenai Brunei. Penerbitan ini membantu orang ramai untuk mengenali Brunei kerana ia menyediakan panduan tentang tempat penginapan, tempat makan, serta aktiviti riadah bersama tempat-tempat menarik. Ia diedarkan secara percuma dengan sebanyak 1,000 naskhah.

Brunei Darussalam In Breif (Revised 2017)

Brunei Darussalam Secara Ringkas merupakan sebuah buku maklumat bersaiz poket mengenai Negara Brunei Darussalam yang mudah dibawa dan sesuai untuk pelancong serta orang awam secara umum. Ia menyediakan maklumat terkini mengenai negara ini, merangkumi latar belakang sejarah, rakyatnya, sektor pertanian, hingga ke tempat-tempat menarik.

Tranquility In Diversity (2015)

Temburong – Ketenangan dalam Kepelbagaian merupakan koleksi gambar yang dirakam di sekitar Daerah Temburong. Penerbitan ini mempromosikan keindahan tradisional serta aktiviti-aktiviti di daerah tersebut kepada masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.

Brunei Darussalam In Brief (2013)

Brunei Darussalam Secara Ringkas ialah sebuah buku maklumat bersaiz poket mengenai Negara Brunei Darussalam yang mudah dibawa dan sesuai untuk pelancong serta orang awam secara umum. Ia menyediakan maklumat terkini mengenai negara ini, merangkumi latar belakang sejarah, rakyatnya, sektor pertanian hingga ke tempat-tempat menarik.

Penerbitan ini mempunyai edaran sebanyak 20,000 naskhah dan boleh didapati secara percuma.

Daerah Brunei Muara

Edisi Ke-Dua 2010

Diterbitkan oleh Bahagian Berita Bahasa Inggeris Jabatan Maklumat Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam

DAERAH TUTONG

Edisi Ke-Dua 2012

Diterbitkan oleh Bahagian Berita Bahasa Inggeris Jabatan Maklumat Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam

DAERAH BELAIT

Edisi Ke-Dua 2012

Diterbitkan oleh Bahagian Berita Bahasa Inggeris Jabatan Maklumat Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam

DAERAH TEMBURONG

Edisi Ke-Dua 2010

Diterbitkan oleh Bahagian Berita Bahasa Inggeris Jabatan Maklumat Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam

Laporan Tahunan Negara Brunei Darussalam 2005-2009 (Bahagian Pertama)

Laporan ini mengandungi maklumat mengenai Negara Brunei Darussalam sepanjang lima tahun berturut-turut dalam format yang tekah dikemas kini. Ciri utama format baharu ini ialah maklumat ringkas bagi setiap kementerian tidak lagi digabungkan dengan huraian semua jabatan dibawah kawalannya.

Customs and Courtesies of Brunei Darussalam