Sambutan Hari Kebangsaan
Titah Sambutan Hari Kebangsaan 2006
Titah Sambutan Hari Kebangsaan 2006
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
BismiIIahir Rahmanir Rahim
ALHAMDULILLAHI
Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen,
Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidinaa Muhammadin,
Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.
?Alhamdulillah,
Beta bersyukur kehadhrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin
dan limpah rahmatNya jua, dapatlah kita menyambut Ulang Tahun Hari
Kebangsaan ke-22 dalam suasana aman dan sej ahtera.
Tahun ini
adalah tahun ke dua puluh lindungnya Paduka Ayahanda Beta, AI-Marhum
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Kl1airi Waddien.
Maka amat wajarlah rasanya kita mengenang semula Baginda itu selaku raja yang amat prihatin kepada nasib bangsa dan negara ini.
Usaha
Paduka Ayahanda untuk memajukan bangsa dan negara, adalah tidak ada
tolok bandingnya. 1a dibuat tanpa memikirkan kepentingan diri, dan
bahkan tanpa menghiraukan sebarang tekanan daripada mana-mana juga
pihak. 1a berjalan begitu teratur, sehingga membuahkan hasil yang
sangat membanggakan.
Dan kita alharndulillah, telah mengambil
banyak teladan daripada Baginda itu, yang menjadikan kita terus mantap
serta menikmati hasil usaha dan perjuangan kita yang panjang.
Perjalanan
kita kearah menjana kemakmuran mestilah diteruskan. Ia bukanlah satu
jalan mudah, tetapi memerlukan tenaga serta daya fikir yang kuat,
sehingga mampu meletakkan kita untuk berhadapan dengan pelbagai
rintangan.
Diantara rintangan-rintangan itu ialah kemungkinan terdapatnya kekurangan tenaga.
Di
dunia pada hari ini, rata-rata orang bergantung kepada sumber tenaga
minyak dan gas, sedangkan dua sumber ini adalah merupakan sumber yang
terhad, serta berkemungkinan untuk pupus pada suatu ketika kelak.
Dalam
makna, dunia kita ini - apabila sampai waktunya - akan berhadapan
dengan kekurangan sumber tenaga itu, yang boleh menjadikan semua pihak
terjejas atau tergugat. Tidakkah ini suatu malapetaka besar jika
berlaku?
?Disinilah harganya hidup saling membantu dan menjalin
persefahaman. Ia berguna, bukan sahaja dalam masa senang, malahan lebih
perlu ketika ditimpa kesusahan. Kesenangan itu boleh sahaja dicapai
dengan kerja keras,. tetapi musibah jika berIaku, biasanya adalah
diluar jangkaan.
Sebab itulah, idea menubuhkan "BadanDunia"
adalah suatu 'idea besar' tujuannya yang utama ialah, supaya hubungan
di antara bangsa-bangsa menjadi rapat dan padu, bukannya untuk
bersengketa atau berpecah belah.
Ugama kita, Islam, sudah pun
lebih awal melihat perkara ini, bilamana Allah Subhanahu Wata' ala
berfirman di dalam Surah al-Hujurat ayat 13, tafsirnya: "Wahai umat
manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami juga menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku
kaum, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra diantara satu
dengan yang lain). (Namun) sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu
disisi Allah ialah, siapa yang lebih takwanya."
Jika kita
mengambil semangat Ayat ini, manusia tidaklah akan bergaduh, tidak akan
menghina sesama sendiri; apatah lagi menghinakan para nabi dan rasul,
siapa yang secara istimewa telah di utus untuk menyempurnakan akhlak
serta mengajar manusia bagaimana untuk mengenali hidup ini, selaku
hamba yang lemah di hadapan al- Khaliq Yang Maha Pencipta.
Jadi
tidak syak lagi, perbuatan menghina nabi dan rasul, sama ada dengan
lisan atau tulisan, adalah ia sangat jijik dan dikutuk oleh semua
tamadun dan ugama. Dengan apapun alasan untuk menghalalkannya, termasuk
dengan alasan kebebasan bersuara dan akhbar, adalah tidak dapat
diterima.
Kita ingin bertanya: Manakah satu yang lebih mulia dan
lebih berharga, nabi dan rasulkah, siapa yang menjadi penyelamat dan
pembawa rahmat kepada 'alam seluruhnya, ataupun sekadar sekelumit
kebebasan yang didakwakan itu? Dan apalah yang ada pada kebebasan jika
ia digunakan untuk menyakiti hati serta untuk mengharu-birukan dunia?
Alhalndulillah,
Beta amatlah bersyukur, kerana kita di negara ini dan juga media-media
kita tidak terlibat langsung untuk mempromosi tengkarah hitam yang
tidak berfaedah itu. Maka dengan ini, Beta delfgan tulus ikhlas ingin
merakamkan tahniah kepada negara dan rakyat, kerana terus mengekalkan
sifat-sifat ketamadunan yang tinggi lagi tulen di dalam kehidupan kita.
Beta
yakin, dengan berbekalkan sifat-sifat yang terpuji ini, bangsa kita
akan berupaya untuk melihat kehadapan, dimana jalan yang berrmanfa'at
untuk ditempuh, dan dimana pula yang tidak baik untuk dihindari.
Kita
juga akan turut berperanan, sama ada diarena serantau mahupun
antarabangsa, dengan pendekatan yang adil, iaitu sama-sama melakar dan
mengusahakan kebaikan, di mana dalam masa yang sama juga sama-sama
mengelak dan menolak keburukan.
Beta yakin, tidak ada cara yang lebih baik dari lni.
Marilaah
kita berdo'a semoga Allah Subhanahu Wata'ala teru memeIihara kita
dengan taufiq dan hidayat-Nya dengan mengurniakan keselamatan,
ketenteraman dan kesejahteraan kepada negara.
Akhirnya, Beta
mengucapkan terima kasih kepada ahli - ahli Jawatankuasa Tertinggi dan
lain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan Ulang Tahun ke Dua Puluh Dua
Hari Kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha
untuk menjayakan perayaan ini.
?Demikian juga semua rakyat dan
penduduk yang Beta kasihi, termasuk seluruh peringkat ahli Perkhidmatan
Awam, Pasukan-Pasukan KeseIamatan serta mereka yang berkhidmat di
sektor swasta, Beta tidak lupa untuk merakamkan penghargaan dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas.
Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatulhlhi Wabarakatuh


