Thursday, May 23, 2013
   
TEXT_SIZE

Majlis Pembukaan Tahun Undang-Undang 2011 (Ucapan Peguam Negara)

Ucapan Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Awang Mohd. Salleh sempena Pembukaan Tahun Undang-Undang 2011 bertempat di Bangunan Mahkamah Tinggi - Mahkamah Besar pada Hari Rabu 4 Rabiulakhir 1432 Hijrah / 9 Mac 2011 Masihi

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SAYA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana memberikan saya peluang sekali lagi untuk hadir dan berucap dalam upacara Pembukaan Tahun Undang-Undang 2011 ini. Selain tradisi ini, upacara seperti ini membolehkan kita, Jabatan Kehakiman dan komuniti Peguam untuk berhimpun dan membuat penilaian serta meneliti semula tahun yang telah berlalu dan berkongsi hasrat dan merancang untuk masa hadapan.

Izinkan saya memulakan dengan ucapan terima kasih saya yang tulus ikhlas kepada setiap pegawai dan kakitangn di Pejabat Peguam Negara kerana sumbangan dan sokongan mereka. Izinkan juga saya bagi pihak Pejabat Peguam Negara mengucapkan tahiah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim, atas perlantikan Yang Berhormat sebagai Yang Di-Pertuan Majlis Mesyuarat Negara pada 10 Februari 2011. Yang Berhormat adalah seorang Peguam Brunei yang telah lama berkhidmat dan begitu dihormati. Yang Berhormat pernah berkhidmat di Pejabat peguam Negara dari tahun 1962 hingga tahun 1968; sehubungan dengan itu, kita berasa bangga dan dengan amat sukacitanya mengalu-alukan pelantikan Yang Berhormat itu.

Saya seterusnya megucapkan tahiah kepada Yang Arif, Pengiran Hajah Hanani binti Pengiran Haji Metusain atas pelantikan Yang Arif sebagai Hakim Mahkamah Perantaraan dan yang Arif Haji Nabil Daraina bin Pehin Udana Khtib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin sebagai Majistret Kanan. Kita mengucapkan selamat kepada mereka berdua semoga tahun-tahun menduduki kerusi hakim banyak membuahkan hasil dan memberikan kepuasan.

Tahun 2010 ternyata satu lagi tahuan yang sibuk bagi Pejabat Peguam Negara. Kita telah melancarkan Program Mendekati Masyarakat yakni Community Outreach Programme. Matlamat utamanya adalah untuk membantu orang ramai memperoleh pemahaman yang lebih baik lagi tenang peranan Pejabat Peguam negara dan hak-hak dan kewajipan-kewajipan mereka di bawah undang-undangan. Bahagaian Keadilan Jenayah telah mengadakan dua ceramah mengenai tajuk "Hak-hak dan kewajipan-kewajipan orang yang kena tuduh dan mangsa di bawah undang-undang jenayah".

Bahagian Sivil juga telah mengadakan ceramah mengenai "Hak-hak dan Tanggungjawab-tanggungjawab Bloggers dan Isu Undang-undang lain yang Timbul dari Penggunaan Media Sodial".

Program ini adalah di samping dialog-dialog (muzakarah) yang berterusan yang diadakan secara rutin sepanjang tahun di antara semua bahagian dan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.

Sambutan dan maklum balas adalah menggalakkan dan kita berharap untuk meneruskannya tahun ini. Saya sangat berterima kasih kepada pegawai-pegawai keranan menyahut cabaran saya meskipun mereka sudah ada beban kerja yang berat. Tahun ini, kita juga berhasrat untuk mengadakan ceramah ke sekolah-sekolah menengai perkara antara lain seperti perbuatan membuli di sekolah dan berkelakuan nakal (terutama sekali membinasakan harta Kerajaan).

Pejabat Peguam Negara juga menjadi tuan rumah bagi seminar bertajuk "Media dan Undang-Undang: Meninjau Batasan dan Kebebasan Bersuara" pada 24 dan 25 Mei 2010, yang memberi peluang kepada Pejabat-pejabat Peguam negara dari Negara Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura untuk membincangkan secara terbuka hubungan di antara media dan pihak pendakwa. Peranan pengawalselia, penyedia perkhidmatan dan impak media baru ke masyarakat seluruhnya adalah antara topik yang dibincangkan. Berikutan dari maklum balas kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dan juga media, seminar tersebut berjaya kerana membuka jalan ke arah hubungan baik di antara kerajaan dan media.

Satu lagi sumbangan kita yang ketara yang telah mendapat pengiktirafan, adalah E-Registry, telah dilaporkan dalam "The Doing Business Report 2011" oleh Bank Dunia, Negara Brunei Darussalam memperbaiki kedudukannya dari tangga ke-117 dalam tahun 2010 ke tangga ke-112 daripada 183 buah ekonomi. Kita merasa bangga kerana diiktiraf sebagai 'sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan sistem E-Registry yang telah memendekkan proses pendaftaran". Pejabat Pendaftaran adalah juga salah satu daripada 13 buah jabatan yang terlibat dalam Sistem Pelesenan Perniagaan yakni Business Licensing System satu projek yang dipengerusikan bersama oleh Kementerian Perndustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi menyediakan online window tunggal untuk menubuhkan perniagaan. Akta Syarikat telah dipinda untuk menarik pelabur-pelabur asing dan Pejabat Pendaftaran sedang bekerja dengan kementerian yang berkaitan untuk memastikan perlaksanaannya dengan lancar.

Mengenai perkara Harta Intelektual pula, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa satu misi pakar daripada WIPO akan berada di Negara Brunei Darusssalam dalam bulan April tahun ini untuk membantu dalam memodenkan sistem Harta Intelektual. Pejabat Peguam Negara juga akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat pertama Pegawai-Pegawai harta Intelektual ASEAN-China dan Mesyuarat Kumpulan Kerja mengenai Kerjasama Harta Intelektual ASEAN Ke-35 dalam bulan Mac.

Tahun lepas saya menyebut pejabat ini sedang meneliti sumber lain untuk mengutip tunggakan hutang kepada kerajaan bagi lebih dari 3000 fail (sekarang ini bertambat kepada kira-kira 3500) yang telah dirujukkan kepada Pejabat Peguam Negara, untuk tindakan undang-undang. Walau bagaimanapun, saya perlu menekankan bahawa tindakan undang-undang adalah jalan terakhir dan tidak menyenangkan dan usaha yang sewajarnya daripada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk tidak membiarkan hutang-hutang terkumpul dan tanggungjawab orang ramai untuk membayarnya adalah penting, Pejabat Peguam Negara telah menulis kepada semua firma guaman untuk mengemukakan cadangan bagi mengambil tindakan undang-undang. Kita telah menerima beberapa cadangan dan akan menimbangkannya sebelum mengemukakanya untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.

Yang Amat Arif telah menyebut Perintah Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pindaan), 2006 secara terperinci. Pujian ingin saya berikan kepada Yang Amat Arif dan Mahkamah Juvenil kerana melaksanakan dengan jayanya peruntukan-peruntukan perintah itu dan mengambil perhatian peringatan Yang Amat Arif itu. Pegawai-pegawai saya dan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya memainkan peranan penting bukan saja dalam menghulurkan bantuan undang-undang kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan pegawai-pegawai penguatkuasaan tetapi juga dalam menyelesaikan kes-kes ini.

Berhubung dengan perkara perlindungan wanita, Perintah Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 2010 dan Perintah Akta Perempuan Bersuami (Pindaan) 2010 mula berkuat kuasa pada 26 Jun 2010. Perintah-perintah tersebut bertujuan untuk menangani keganasan rumah tangga, atau dharar syar'ie di kalangan ahli keluarga beragama Islam dan ahli keluarga bukan Islam. Ke arah memahami peruntukan-peruntukan yang digariskan dalam perintah-perintah ini, Pejabat Peguam Negara telah menghibahkannya secara berterusan kepada orang ramai melalui pelbagai cara dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Masyarakat, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Jabatan Hal Ehwal Syariah dan Unit Perundangan Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

Di samping itu, Bahagian Keadilan jenayah juga pada masa ini sedang meneliti peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengan kanak-kanak dan orang muda yang telah dibuat dalam bidang kuasa lain, seperti sexual grooming dan pronografi kanak-kanak.

Yang Amat Arif juga telah menyebut statistik mengenai kes-kes jenayah yang telah dihadapkan ke mahkamah. Sudah barang tentu terdapat banyak fail lain, sama ada dengan PDB dan agensi-agensi penguatkuasaan lain, untuk siasatan atau siasatan lanjut seperti mana yang diarahkan oleh Timbalan-timbalan Pendakwa Raya atau dengan Bahagian Keadilan Jenayah bagi penelitian dan pertimbangan sebelum membawanya ke mahkamah. Kita mengambil perhatian yang berat ke atas seruan Yang Amat Arif untuk mempercepatkan kes-kes dalam ucapan Yang Amat Arif pada tahun lepas dan dengan kerjasama yang sangat baik daripada mahkamah-mahkamah, kita telah menyelesaikan kes-kes tertangguh sehingga seberapa banyak yang boleh. Walau bagaimanapun, kes-kes terus bertambah terutamanya dengan berbilang defenden yang telah dibenarkan untuk dibicarakan secara berasingan. Jika demikian halnya, Yang Amat Arif, penambahan pegawai-pegawai kehakiman dan pendakwa-pendakwa sahaja tidak mungkin memberi satu-satu penyelesaian yang berkesan. Oleh sebab itu, saya percaya bahawa adalah berfaedah untuk meneliti perubahan-perubahan terbaru dalam Kanun Peraturan Jenayah di negara-negara jiran. Perubahan penting adalah Prosedur Pendedahan Jenayah berstruktur yakni Structured Criminal Disclosure Procedure yang dikenakan kepada kesalahan-kesalahan berjadual dan menghendaki pihak-pihak untuk menyampaikan pernyataan-pernyataan dan dokumen-dokumen kepada satu sama lain pada peringkat sebelum perbicaraan. Perubahan yang satu lagi adalah Sistem Pengurusan Kes Jenayah yakni Criminal Case Management System yang disifatkan oleh Yang Berhormat Peguam Negara Singapura dalam Ucapan Pembukaan Tahun Undang-Undang beliau baru-baru ini, sebagai suatu perkara yang telah memupuk budaya perbincangan terus terang di antara pihak pendakwa dan pihak pembela. Dijalankan tanpa kehadiran pegawai-pegawai kehakiman, pihak pembela dan pihak pendakwa berjumpa untuk membincangkan buruk baiknya kes-kes mereka dan membataskan isu-isu hujahan dan mencapai persetujuan atas tawaran pengakuan. Yang Berhormat Peguam Negara Singapura telah menyebut bahawa dari 1,483 kes yang diproses melalui Sistem Pengurusan Kes Jenayah antara Mac 2009 dan Oktober 2010 - 88 peratus telah diselesaikan tanpa perlu dibicarakan sepenuhnya.

Saya percaya bahawa sistem tersebut dan malah sebarang perubahan yang telah berjalan dengan baiknya dalam bidang kuasa yang mempunyai beban kes yang begitu besar, patut diteliti dan saya berharap akan dapat membawa pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Keadilan Jenayah untuk melihat sendiri bagaimana sistem tersebut berfungsi. Saya juga akan mengadakan dialog dengan Persatuan Undang-Undang terutamanya peguam-peguam jenayah (saya tidak bermaksud demikian secara literal) dan pegawai-pegawai penyiasatan bagi percambahan fikiran dan maklum balas mereka. Ini adalah penting kerana untuk sistem tersebut berfungsi, komitmen penuh dan ikhlas pendakwa-pendakwa, peguam-peguam pembela dan pegawai-pegawai penyiasatan adalah diperlukan. Walau bagaimanapun, saya yakin, Yang Amat Arif, bahawa pihak dan peguam-peguam pembela dan pegawai-pegawai penyiasatan di Negara Brunei Darussalam seperti rakan sejawat mereka dalam bidang kuasa lain berkeupayaan dan sentiasa bersedia menghadapi apa-apa cabaran untuk menerima perubahan dan bekerja bersama-sama ke arah meningkatkan pentadbiran keadilan.

Tahun 2010 juga menyaksikan senarai panjang undang-undang dan pindaan termasuk antara lain Perintah Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 2010, Perintah Akta Perempuan Bersuami (Pindaan) 2010, Perintah Pembersihan Wang Haram (Pindaan) 2010, Perintah Daging Halal (Pindaan) 2010 dan pelbagai undang-undang kewangan terutamanya Perintah Akta Cukai Pendapatan (Pindaan) 2010, Perintah Autoriti Monetari Brunei Darussalam 2010. Akibat dari Perintah Perlindungan Deposit 2010, pindaan berbangkit telah juga dibuat ke atas Perintah Perbankan Islam dan Akta Syarikat Kewangan. Bahagian Penggubalan Unang-Undang juga meneruskan usaha Peguam Negara bagi Penyemakan Undang-Undang di bawah Perkara 83(3) dari Perlembagaan Negara Brunei Darussalam dan sekurang-kurangnya sembilan Perintah lagi yang dibuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah disemak pada tahun 2010. Semua Perintah tersebut telah disiarkan dalam laman web Pejabat Peguam Negara. Dalam hal ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Unit Teknologi Maklumat (IT) kerana kerja keras mereka untuk membolehkan Perintah-Perintah tersebut disiarkan.

Saya bersama-sama Yang Amat Arif memuji Persatuan Undang-Undang atas usaha mereka menganjurkan Klinik Nasihat Undang-Undang secara percuma dan seminar mengenai 'Etika'. 'Etika' sesungguhnya adalah teras dan ciri utama profesion peguam, yang seharusnya tidak menimbulkan curiga sama sekali dan ini adalah lebih penting kepada peguam-peguam yang mewakili klien mereka. Saya berharap usaha yang patut dipuji ini akan berterusan hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Aspek lain yang saya sokong adalah jangkauan dan rangkaian antarabangsa dengan memperluaskan hubungan serantau dan antarabangsa, seperti melalui ALA, LAWASIA. Walaupun Negara Brunei Darussalam mempunyai peguam yang sedikit bilangannya, ia seharusnya tidak dijadikan alasan untuk suara mereka tidak didengar dalam pelbagai forum undang-undang terutamanya dengan ekonomi-ekonomi yang baru muncul di Asia dan Komuniti ASEAN. Malangnya saya mendapati Persatuan Undang-Undang Negara Brunei Darussalam selalunya tidak diwakili dalam forum tersebut. Seperti yang Yang Amat Arif sedia maklum, kita telah membawa atas perbelanjaan kerajaan seorang pengamal undang-undang persendirian ke mesyuarat-mesyuarat ALA yang berkaitan. Tujuan adalah untuk memberi mereka peluang menjalin rangkaian dan mengikuti perkembangan terkini dan kemudiannya dikongsikan dengan golongan peguam lain di Negara Brunei Darussalam. Pendidikan undang-undang yang berterusan adalah suatu perkara yang saya harap Persatuan Undang-Undang akan melakukannya dengan lebih proaktif lagi; kerana ia tidak seharusnya diserahkan kepada kerajaan sahaja.

Dalam ucapan Tahun Undang-Undang Yang Amat Arif sebagai Peguam Negara pada tahun 2009, Yang Amat Arif telah memaklumkan kami tentang perlunya menangani isu liberisasi perkhidmatan undang-undang secara progresif, ke arah mencapai Komuniti Ekonomi ASEAN selewat-lewatnya tahun 2015. Saya dengan sukacita memaklumkan Yang Amat Arif bahawa Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa akan mengetuai dan menjadi tuan rumah kepada Forum Undang-Undang ASEAN yang akan diadakan pada 13 hingga 14 April. Kita berharap untuk menjemput pakar undang-undang daripada neara-negara ahli ASEAN, Jabatan Kehakiman, para peguam, ahli akademik dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Adalah menjadi harapan saya bahawa penceramah-penceramah yang telah kita jemput akan memberikan kita pemahaman tentang isu-isu dan kebimbangan yang berkaitan dengan liberalisasi sektor perkhidmatan secara progresif terutamanya sektor undang-undang. Saya menggesa dengan bersungguh-sungguh supaya golongan peguam mengambil bahagian secara aktif dalam forum tersebut.

Kita sangat-sangat menjunjung kasih kepada Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerana mengakui dan menyokong keperluan latihan berterusan pegawai-pegawai pejabat ini. Untuk mencapai visi pejabat ini ke arah pengkhususan dan kepakaran dalam perjalanan menuju kecemerlangan dan Wawasan 2035 Negara Brunei Darussalam untuk menghasilkan rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, keperluan latihan berterusan, penempatan dan pendedahan tidak boleh terjejas. Landskap undang-undang akan terus berubah dan perkhidmatan undang-undang kita perlu sentiasa seiring dengan perkembangan dan kita memerlukan pemikiran yang baik dan berkebolehan dengan kepakaran untuk memberi nasihat mendakwa dan menghakimi. Antara bidang kepakaran baru yang diperlukan adalah alam sekitar, perdagangan, undang-undang maritim dan undang-undang siber. Pejabat ini juga telah menjemput pegawai-pegawai kanan pejabat ini sendiri dan beberapa orang pakar dari luar untuk menyampaikan syarahan dan mengadakan dialog mengenai pelbagai topik dalam Sesi Kongsi dan Bincang yakni Share and Discuss Session dan akan terus berbuat demikian. Di pihak pejabat ini, jawatankuasa HRD telah mengenal pasti bidang kepakaran yang diperlukan dan pegawai-pegawai yang berpotensi akan dipilih dengan teliti untuk mengikuti kursus-kursus tersebut dan / atau menjalani penempatan dengan pakar-pakar luar negeri yang sudah mantap dan terkemuka. Saya sungguh-sungguh berharap Jabatan Perdana Menteri dengan jasa baiknya akan mengadakan peruntukan bagi tujuan ini, bukan sahaja kepada pegawai undang-undang tetapi juga pegawai penguatkuasaan, khususnya mereka yang terlibat dalam penyiasatan. Ini adalah penting kerana jenayah-jenayah akan menjadi makin lama makin canggih dan bersifat transnasional. Dari itu kita mestilah bersedia sebelum jenayah-jenayah tersebut sampai ke negara kita dan menimbulkan ancaman kepada keselamatan dan sekuriti Negara Brunei Darussalam The Abode of Peace.

Saya dengan sukacitanya mengongsikan bahawa pejabat ini juga berharap untuk melancarkan Rancangan Strategik 5 Tahun (2011 hingga 2015) dalam masa terdekat ini. Penstrukturan semula bahagian-bahagian sebenarnya telah dilaksanakan ke arah visi kita kepada pengkhususan dan perkembangan kerjaya persendirian pegawai-pegawai kita. Penyemakan semula skim perkhidmatan juga dalam peringkat akhir penggubalannya. Saya sesungguhnya sangat berterima kasih kepada jawatankuasa kerja yang berkaitan kerana kerja keras dan ketabahan mereka dan kepada semua pegawai dan kakitangan saya kerana sokongan mereka termasuk mereka yang berbeza pendapat yang telah membantu saya melihatnya dari pelbagai sudut dan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam, kerana bimbingan dan sokongan mereka yang sangat diperlukan.

Seperti yang dikatakan oleh ahli tembak, Acu ke pusat sasaran, malah sekalipun kamu tidak kena sasaran; Kamu tetap masih berada pada sasaran (Tapi saya tidak pernah mencubanya) pewaham dikesampingkan, itulah sasaran yang kita tuju.

Masih mengenai topik pembinaan keupayaan dan pengkhususan, kita dengan sukacitanya mengongsikan bahawa dua orang pegawai telah kembali bertugas di pejabat ini dengan LLM dan enam orang pegawai lagi berada di United Kingdom mengikut Bar dan LLM dalam pelbagai bidang seperti, kriminologi dan undang-undang antarabangsa awam. Empat orang pegawai juga mengikuti Diploma Syarie dan Undang-Undang Islam dan amalan undang-undang di Universiti Islam Sultan Sharif Ali secara sambilan. Kita dalam perjalanan ke arah pengkhususan. Kita masih mempunyai laluan panjang untuk dijalani tetapi kami berfikiran positif yang kami akan sampai ke tujuan yang disasarkan.

Perjalanan ke arah kecemerlangan semestinya tidak berakhir dan saya menaruh keyakinan yang kuat kepada pegawai-pegawai pejabat ini termasuk mereka yang diperbantukan ke kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang telah menunjukkan potensi besar dan pegawai-pegawai muda yang baru sahaja berkhidmat di pejabat ini. Untuk meneruskan perjalanan ke masa hadapan, mereka mestilah dilatih secara berteusan supaya yakin, cekap, proaktif dan mempunyai keinginan yang kuat untuk mempelajari apa saja yang mereka termampu, seperti kita, generasi tua yang telah melalui perjalanan yang lama dan sukar, boleh buktikan, kejayaan tidak datang dengan sekelip mata.

Mengenai perkara pengambilan siswazah muda, selagi saya tidak ragu-ragu, melaksanakan tradisi penyeberangan ke sebelah pegawai-pegawai daripada Pejabat Peguam Negara ke Jabatan Kehakiman dan begitu juga sebaliknya, yang akhirnya adalah bagi kebaikan negara juga, saya menyeru Yang Amat Arif untuk menimbangkan juga kemungkinan mengambil siswazah muda undang-undang yang mempunyai kelayakan akademik yang cemerlang dan mempersiapkan mereka untuk menjadi pegawai-pegawai kehakiman di mahkamah, yang akhirnya pada masa hadapan akan menjadi pegawai yang bagus, cekap dan mempunyai pembawaan kehakiman yang betul dan nilai-nilai lain seperti kebebasan, keadilan, rendah hati, sabar, seperti yang dimiliki oleh Yang Amat Arif dan pegawai-pegawai kehakiman lain yang berpengalaman. Hasil dari usaha yang sangat baik ini, izinkan saya dengan rendah hati menyebutnya adalah Yang Amat Arif Hakim Steven Chong sendiri.

Pentadbiran Keadilan tidak pernah dijalankan oleh seorang sahaja yakni one-man show tetapi dilaksanakan dengan kerja berpasukan, bukan sahaja di dalam Pejabat Peguam Negara tetapi juga dengan jabatan-jabatan lain seperti, Jabatan Kehakiman, PDB dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain dan jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian lain yang berkaitan dengan Peguam. Kita sepatutnya berbangga menjadi sebahagian dari jentera keadilan dan kerjasama yang saling kita berikan mestilah diperkukuhkan. Apapun perspektif berbeza yang kita punyai, tidak kira berapa banyak kita berhujah atau berlainan pandangan secara profesional, adalah menjadi peranan kita bersama, untuk membantu dalam pentadbiran keadilan, dengan etika, profesionalisme, bersikap adil, integriti, rendah hati dan cekap yang dijangkakan daripada kita. Tambahan pula, kita sesungguhnya akan tetap bertanggungjawab kepada umat dan Allah Subhanahu Wata'ala.

Hasil dari apa-apa usaha yang dibuat tidak mungkin datang dengan serta-merta. Tetapi, buah yang akan dihasilkan untuk masa hadapan bergantung kepada benih yang ditabur hari ini. Kita berharap untuk melahirkan generasi selepas kami yang akan mampu menjadi pewaris kepada usaha-usaha yang sedang berjalan sekarang dan untuk membawa Negara Brunei Darussalam ke tingkat yang lebih tinggi. Insya-Allah.