Speeches
Speeches 2011
Majlis Pelancaran Hari Arkib Antarabangsa 2011
Speeches 2011
Majlis Pelancaran Hari Arkib Antarabangsa 2011
Majlis Pelancaran Hari Arkib Antarabangsa 2011
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya
Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Abdullah
semasa berucap di Majlis Pelancaran Hari Arkib Antarabangsa 2011 di
Bangunan Arkib Negara pada hari Isnin 11 Rejab 1432 bersamaan 13 Jun
2011
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat serta izin-Nya jua kita dapat menghadirkan diri di majlis yang penuh berkebajikan ini, iaitu Sambutan Hari Arkib Antarabangsa bagi tahun 2011.
Terlebih dahulu sukacita saya merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kepada Jawatankuasa Majlis Hari Arkib Antarabangsa kerana mengundang saya untuk merasmikan majlis ini dan seterusnya bagi melancarkan pameran serta menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah dan sijilsijil penghargaan kepada peserta-peserta yang menyertai Memori Kolektif Bangsa yang dianjurkan oleh Arkib Negara Brunei Darussalam, Jabatan Muzium-Muzium.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Arkib Negara Brunei Darussalam kerana merupakan yang pertama mengadakan Sambutan Hari Arkib Antarabangsa bagi cawangan-cawangan arkib di Asia Tenggara ataupun Southeast Asian Regional Branch of the International Coucil of Archives (SARBICA), iaitu mulai dari tahun 2010 yang lepas.
Sambutan Hari Arkib Antarabangsa merupakan vehicle atau saluran yang membolehkan Arkib Negara mencapai misinya untuk menjadi pusat sumber maklumat dan penyelidi kan negara. Khususnya, bagi rekod-rekod awam yang mempunyai nilai kebangsaan dan abadi sebagai rujukan, pendidikan, ristaan sejarah dan sumber inspirasi bagi warga Negara Brunei Darussalam termasuklah generasi muda, khasnya para remaja dan penuntut-penuntut sekolah.
Dalam waktu yang sama usaha membarigakan peranan yang dimainkan oleh Arkib Negara kepada orang ramai di Negara Brunei Darussalam adalah merupakan satu langkah yang proaktif dan bertepatan. Kerana, kita amat menyedari bahawa kefahaman orang ramai terhadap peranan dan tanggungjawab Arkib Negara adalah masih terbatas.Walaupun pada kenyataannya Arkib Negara sudah ditubuhkan pada tahun 1977 yang berperanan dalam melaksankan Akta Arkib Negara Brunei Darussalam 1975 dengan fungsi khusus bagi mengumpul dan memelihara rekod-rekod kerajaan dan awam yang mempunyai nilai-nilai sejarah bagi bahan rujukan dan pembelajaran.
Orang ramai masih banyak yang mempunyai tanggapan bahawa arkib merupakan sebuah gedung yang menyimpan dokumendokumen lama sematamata bagi kegunaan dalam pejabat sahaja. Mereka juga beranggapan dokumendokumen yang tersimpan sukar diakses dan sekiranya pun dapat diakses hanya digunakan oleh para sejarahwan dan ahliahli akademik sahaja.
Dalam hubungan ini, adalah mustahak difahami bahawa segala rekod dan dokumen yang tersimpan di Arkib Negara adalah merupakan maklumat yang diterima dari pelbagai pihak, lebih-lebih lagi dari pelbagai agensi kerajaan. Ianya dipelihara dengan teliti sebagai bukti kepada pelaksanaan segala tugas rasmi menurut keperluan pentadbiran dan perundangan.
Segala rekod dan dokumen yang tersimpan mempunyai nilai rujukan dan penyelidikan dari segi perundangan dan sejarah kenegaraan itu, tidak syak lagi adalah merupakan warisan bangsa dan sumber maklumat yang sangat berharga.
Ia adalah merupakan testimoni yang tepat tentang pembangunan ketamadunan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuklah ekonomi, sosiopolitik, alam sekitar, agama dan kepercayaan dan teknologi.
Dalam erti kata yang lain, arkib dengan secara khusus, bukan hanya mampu memperakukan sesuatu fakta bahkan juga secara langsung berperanan dalam merungkai babak demi babak ketamadunan bangsa dan negara yang seharusnya dijadikan sebagai bahan rujukan dan didapatkan daripadanya pelbagai pengajaran yang boleh diteladani dan dijadikan pedoman.
Menyedari hakikat betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh institusi arkib, Sambutan Hari Arkib Antarabangsa ini insya-Allah antara lain akan dapat :
i. Mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan rekod dan arkib sebagai asas yang mendokumentasikan identiti bangsa dan masyarakat;
ii. Menimbulkan kesedaran kepada semua pihak termasuklah sektor awam, sektor swasta dan orang-orang perseorangan tentang perlunya memelihara arkib secara jangka panjang dan penyediaan akses yang bersesuaian bagi tujuan penyelidikan dan rujukan; dan
iii. Mempromosikan dokumen-dokumen penting, unik dan berharga yang terdapat dalam simpanan Arkib Negara.
Secara universal, institusi arkib juga menghadapi pelbagai cabaran yang bukan sahaja terbit daripada komposisi bahan dokumen yang disimpan itu sendiri yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan bahkan juga daripada risiko banjir, kebakaran dan peperangan.
Manakala, bahan arkib yang berbentuk audio visual dan elektronik pula, risiko yang terbit ialah yang disebabkan oleh teknologi yang ketinggalan zaman (technological obsolescence) disebabkan oleh kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam apa keadaan sekalipun, integriti arkib perlu terus dipertahankan selaras dengan tanggungjawabnya menjaga dan memelihara dokumen-dokumen dan rekod-rekod negara yang sangat berharga. Ini setentunya boleh dicapai dengan semua yang terlibat dalam pengendalian tugas arkib sentiasa menitikberatkan peruntukkan yang terkandung di dalam 'Universal Declaration on Archives and Code of Ethics for Archivists'.
Sehubungan dengan ini juga sukacita saya menekankan kepada Arkib Negara, usaha ke arah kecemerlangan itu adalah merupakan satu perjalanan yang panjang dan berterusan. Dari itu saya mengharapkan supaya Sambutan Hari Arkib Negara 2011 ini akan menyuntik semangat kepada Arkib Negara untuk meningkatkan lagi usaha pada pengukuhan dan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran arkib.
Itu termasuklah dari segi memperbaiki akses bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat- maklumat yang terdapat didalam arkib dengan mudah, dari segi penyelidikan dan juga pemuliharaan rekod-rekod.
Satu projek telah diungkayahkan sempena Hari Arkib Antarabangsa tahun ini yang membawa tema 'Memori Kolektif Antarabangsa', iaitu dalam bentuk peraduan yang dibukakan kepada penyertaan orang ramai.
Saya dengan ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta yang bermuah hati menyumbang rekod-rekod peribadi mereka untuk diabadikan sebagai warisan bangsa yang setentunya membantu menerap dan membudayakan kecintaan yang berterusan terhadap warisan negara.
Kepada mereka yang masih menyimpan koleksi dokumen persendirian yang ada kaitan dengan sejarah dan peristiwa penting negara, adalah diharapkan supaya ianya dapat diamanahkan kepada Arkib Negara untuk didaftar, dipelihara dan diakses bagi tujuan-tujuan berkebajikan seperti untuk pengkajian dan penyelidikan, di samping untuk memperkaya lagi khazanah warisan negara.
Maka dengan mendahulukan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim, dan berselawat kepada Nabi Besar kita Sayidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, saya dengan amat sukacitanya merasmikan Majlis Sambutan Hari Arkib Antarabangsa 2011 dan 'Pameran Memori Kolektif Bangsa' pada pagi ini.


