|
Sabda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna,
Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan
Perdagangan sempena Persidangan Pasaran Halal Antarabangsa Ke-5 (IHMC
5), bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pada hari
Sabtu, 5 Jun 2010.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim
ALHAMDULILLAHI Rabbil'alameen Wassalaatu Wassalamu 'Aala Sayyidina Muhammadin Asyrafil Ambiyaa Ewal Mursaleen Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een.
Ia merupakan suatu yang menyenangkan bagi saya untuk berada di sini pagi ini untuk menyampaikan sekali lagi ucapan pembukaan bagi Persidangan Pasaran Halal Antarabangsa Ke-5. Saya ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur di atas undangan yang diberikan.
Faktanya bahawa persidangan ini dan hubungannya dengan Ekspo Produk Halal Antarabangsa, kedua-duanya kini berada pada tahun ke-5, dengan sendirinya sesuatu pencapaian dan merupakan tanda komitmen yang kuat untuk pembangunan industri halal dan peningkatan kesedaran mengenai peranan penting yang kita semua boleh mainkan. Oleh yang demikian, saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah membantu untuk menjadikan acara-acara ini satu ciri penting dalam pemasaran produk halal serantau dan antarabangsa.
Tema persidangan ini 'Halal - Dekad Seterusnya - Meneliti Masa Lalu, Menganalisis Masa Kini dan Gambaran Masa Depan' adalah yang paling sesuai semasa kita memasuki satu dekad baru.
Kini terdapat kesedaran yang meluas secara antarabangsa mengenai prinsip- prinsip yang mendasari produk halal. Perkara ini tidak diragukan lagi menjadikan ia satu pasaran yang luas dan dijangka meningkat selama sepuluh tahun berikutnya. Hasilnya, peluang-peluang bagi pengusaha lelaki dan wanita kita adalah sama rata.
Di Negara Brunei Darussalam, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala di atas sumber-sumber yang kita dikurniakan. Pada masa yang sama, bagaimanapun, kita mengakui bahawa rahmat yang diberikan memerlukan tanggungjawab, bukan hanya kepada masyarakat kita, tetapi kepada umat Islam seluruhnya. Ia adalah dalam semangat ketanggungjawaban yang kolektif inilah yang kita terlibat dalam pembangunan industri makanan halal dan pasaran halal yang lebih meluas. Dengan ini, bermakna kita memainkan peranan kita bersama masyarakat antarabangsa dalam membekalkan makanan yang bukan hanya bersih, suci dan sehat yang Halal dan tayyib, dan menurut undang-undang dan menyihatkan, tetapi juga selaras dengan nilai-nilai penting dalam Islam yang adil, sama rata dan beretika dalam perniagaan dan perdagangan antarabangsa.
Inilah sebabnya, selama beberapa tahun terakhir, program kepelbagaian ekonomi Brunei telah meliputi pembangunan elemen utama dalam menjalankan perniagaan Islam seperti perbankan dan kewangan Islam, perkhidmatan perniagaan, ekopelancongan, pelayanan (hospitality) dan setentunya, sektor pertanian dan agrimakanan yang mana pengeluaran makanan halal terus menjadi keperluan yang asas.
Semua ini melengkapi Agenda Brunei Halal kita. Mereka juga konsisten dengan Visi Negara 2035 kita yang bertujuan untuk mewujudkan kepelbagaian ekonomi yang kompetitif secara antarabangsa yang diwujudkan di atas kerjasama antara sektor awam dan swasta kita.
Sebagai sebahagian daripada usaha-usaha ini, agensi-agensi kerajaan di Negara Brunei Darussalam meneroka bidang-bidang maju yang baru di pasaran halal, seperti membangunkan standard halal dalam industri farmasi. Untuk mencapai matlamat ini, kami telah melancarkan sebuah buku dua hari yang lepas yang menawarkan garis panduan bagi Pengeluaran dan Penanganan Produk Halal Ubat-Ubatan, Ubat-Ubatan Tradisional dan Suplemen Kesihatan. Di samping ini, kami juga merangka garis panduan Pengeluaran dan Penanganan Kosmetik Halal.
Sumbangan-sumbangan ini menandakan komitmen tidak berkompromi kami terhadap kualiti produk halal dan nilai-nilai Islam yang tinggi yang secara konsisten memenuhi piawaian-piawaian antarabangsa untuk kesihatan dan keselamatan makanan. Mereka wakili, insya-Allah, semangat yang mendasari Persijilan Halal Brunei (Brunei Halal Certification).
Dari segi praktikal, ini bermakna bahawa adalah amat penting bagi perusahaan kecil dan sederhana kita untuk mencari pakatan strategik dan memasuki ke dalam perkongsian dengan perusahaan dari luar negara. Dengan berbuat demikian, mereka tidak hanya akan mempelajari amalan terbaik antarabangsa dan pentadbiran korporat yang baik, tetapi juga memastikan akses yang lebih mudah ke dalam pasaran halal dan meningkatkan penghormatan antarabangsa yang diberikan kepada produk halal amnya dan jenama Brunei Halal khasnya.
Atas sebab ini, saya sangat gembira bahawa kerjasama kita dengan Ghanim Foods International Corporation telah membolehkan promosi dan pemasaran jenama Brunei Halal dijalankan dengan cara yang insya-Allah, menaikkan namanya dan nilainya di seluruh dunia.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam amat yakin bahawa pembangunan dasar, rangka kerja peraturan, program dan infrastruktur yang berkaitan akan menyediakan platform kepada perniagaan-perniagaan Brunei untuk berjaya dalam industri-industri baru ini dan memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan ekonomi negara kita.
Disebabkan inilah, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak lama lagi akan memulakan pembangunan Taman Agro-Teknologi, yang akan mempunyai Pusat Sains Halal. Ia memberikan mesej yang jelas bahawa Kerajaan Brunei megalu-alukan pelaburan yang bukan sahaja dalam industri-industri pembuatan dan perkhidmatan sokongan, termasuk logistik halal tetapi juga aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Di sebalik ketidakpastian dalam ekonomi global, pasaran halal terus mencabar jangkaan-jangkaan melalui pertumbuhan pesatnya. Tambahan pula, sebagaimana proses globalisasi meningkat dengan cepat, begitu juga dengan peluang-peluang yang ditawarkan.
Dengan fokus kita terhadap membangunkan hubungan perdagangan yang kukuh antara negara-negara dan rantau, memang terdapat prospek yang baik untuk meningkatkan kerjasama terhadap piawaian halal. Salah satunya adalah dengan cara meneroka kemungkinan-kemungkinan memasuki Mutual Recognition Arrangements atau MRAs dengan rakan perniagaan kita. Ini akan membuka peluang baru dan lebih luas bagi para pengeluar makanan tempatan, bukan hanya dengan mencipta pasaran-pasaran baru, tapi dengan membiarkan mereka akses kepada bahan-bahan dan ramuan-ramuan dari negara-negara lain yang boleh meningkatkan produk halal sendiri. Ini, sebaliknya dapat membantu mengembangkan rangkaian bekalan antarabangsa.
Saya juga maklum bahawa, dalam perbincangan selama dua hari berikutnya, para peserta akan berkongsi pengalaman dari beberapa buah negara. Salah satu topik yang saya harap akan dibahaskan adalah kemungkinan pembiayaan barangan halal melalui mekanisme-mekanisme kewangan Islam kerana saya percaya ini mempunyai potensi besar sebagai alternatif sumber pembiayaan dan akan membantu membentuk model yang berkesan kepada perniagaan Islam.
Akhirnya, izinkan saya mengalu-alukan kedatangan semua tetamu dari luar negara ke persidangan ini. Saya berharap awda semua akan menikmati masa dan waktu awda di Negara Brunei Darussalam dan pulang dengan kenangan-kenangan indah dari negara kami, 'The Abode of Peace'.
Kepada semua peserta, saya mengharapkan awda semua berjaya dalam pembincangan-pembincangan dan dalam mencari petunjuk dari Allah Subhanahu Wata'ala, menjadikan acara tahunan ini membawa inspirasi kepada kita semua.
Dengan mendahulukan kalimah 'Bismillahir Rahmanir Rahim, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhammad', saya sukacita mengisytiharkan Persidangan Pasaran Halal Kali Ke-5 dibuka rasmi.
Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima Kasih. |