Speeches 2013
Majlis Menandatangani Kontrak Bagi Projek-Projek JKR
Majlis Menandatangani Kontrak Bagi Projek-Projek JKR
Ucapan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman di Majlis Menandatangani Kontrak Bagi Projek-Projek di Bawah Jabatan Kerja Raya pada hari Rabu, 23 Rejab 1433 Hijriah / 13 Jun 2012 Masihi bertempat di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, Berakas
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Petang
BERSYUKUR kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin -Nya jua kita dapat berkumpul dalam satu Majlis Penandatanganan Kontrak Projek-Projek Kerajaan. Pagi ini kita menyaksikan 10 Majlis Penandatanganan di antara pihak Kerajaan dan Pemborong-Pemborong yang berjaya bagi projek Kerajaan iaitu:-
I. Projek Membina Logi Rawatan Air, Stesen Pam Air Mentah, Tangki Simpanan Air Bersih – Bukit Barun Peringat 7 - $27,835,554.00
II. Projek Membekal dan Memasang Penapis Teknologi 'Membrane' di Logi Rawatan Air, Bukit Barun - $9,278,888.00
III. Projek Supply of Chemical for Water Treatment - $9,784,640.00
IV. Projek Jejambat di Persimpangan lebuhraya - Persimpangan Jalan Babu Raja/Jalan Tutong - $20,220,000.00
V. Projek Melebarkan sebahagian Jalan Kumbang Pasang Berhadapan dengan cadangan Bangunan Jabatan Perdana Menteri dan Pengubahsuaian Persimpangan Empat berlampu Isyarat Kepada Pusing Keliling, Bandar Seri Begawan - $9,987,369.00
VI. Projek Pembinaan Jalan Susur Di Jejambat Penghubung Tungku Menjuju Ke Kampus Universiti Brunei - $5,349,600.00
VII. Projek Pembinaan Jalan Susur dari Bangunan Hospital Ripas Menuju Ke Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah - $3,371,827.00
VIII. Pembaikan Pengaliran Sungai Damuan (Kampung Lugu Housing Scheme) - $5,431,554.72
IX. Projek Pembinaan Longkang Konkrit dan Kolam Penahanan - Tadahan Damuan - $9,423,135.00
X. Projek Skim Pembentungan - Jalan Manggis Satu dan Jalan Manggis Dua - $5,809,014,53
Kesemua kontrak yang telah ditandangani bernilai lebih $106,682,567.72. Sebagai lazimnya yang kita lakukan, dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada pemborong-pemborong yang telah berjaya dalam tawaran mereka, dan seperti lazimnya, saya juga telah mengingatkan kepada semua pemborong yang berjaya akan obligation biskita untuk melaksanakan sesuatu projek itu mengikut perjanjian yang baru biskita tandantangani, dan menyiapkannya dalam tempoh yang telah dijanjikan. Kehadiran saya bukan sahaja sebagai saksi di Majlis Penandatanangan semata-mata tetapi lebih dari itu, bertujuan untuk menekankan betapa pentingnya pemberian dan perlaksanaan setiap projek itu bagi Kementerian Pembangunan.
Semua projek kerajaan yang ditawarkan merupakan usaha yang berterusan pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur bersesuaian, yang berteknologi baru dan boleh memenuhi keperluan negara bagi tujuan pembangunan negara dan juga memanuhi kehendak orang ramai. Untuk itu, pihak kerajaan memerlukan sektor swasta sebagai rakan kongsi yang berhaluan sama, mempunyai objektif yang sama ke arah menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang berstandard tinggi, bukan setakat mendapatkan projek dan pekerjaan dan keuntungan semata-mata. Kita memerlukan sektor swasta sebagai rakan kongsi yang bertanggungjawab (responsible), jujur melaksanakan projek yang sudah diamanahkan,
bersikap adil (fair in its dealings), tidak mengambil kesempatan meskipun terdapat kurangnya pengawasan (supervision) dari pihak kerajaan dan sentiasa membuat yang terbaik serta menyiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan material dan teknologi yang dikenal pasti terbaik. Dalam hubungan ini, perlu wujud kepercayaan trust di antara kerajaan dengan pihak swasta, dalam ertikata, kerja dijamin baik dan bermutu meskipun kurangnya pengawasan dari pihak kerajaan. Di sinilah signifikannya Majlis Penandatanganan signing ceremony dilakukan di depan ramai saksi yang mana pihak pemborong yang berjaya akan melaksanakan projek seperti dalam perjanjian.
Pada Majlis Penandatangani Kontrak pada pagi ini, kebanyakan kontrak yang ditandatangani adalah bagi projek-projek jalan raya termasuklah beberapa interchange yang baru. Selain dari bertujuan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur jalan raya, meningkatkan rangkaian sistem jalan raya bagi melincinkan aliran lalu lintas, ia juga diharapkan akan dapat mengurangkan kesesakan di beberapa tempat yang kritikal, di mana aliran trafik traffic flow yang perlahan menjadi masalah besar kepada para pengguna di beberapa jalan raya tertentu.
Dalam perkara-perkara sedemikian, pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan sentiasa memantau keperluan menambah, menaik taraf, melebar jalan raya, membina slip road membina intercahnge jabatan dan sebagainya, bagi keselesaan pengguna. Ini bukanlah satu belanja yang kecil, pagi ini saja kontrak jalan raya yang ditandatangani adalah berjumlah BND40 juta. Ada beberapa projek besar lagi, seperti jabatan menyeberangi Kampung Air masih dalam proses tender.
Di samping projek jalan raya dan rawatan air, sebanyak lebih kurang BND47 juta projek memperbaiki pengaliran sungai dan pembinaan longkang dan pembetungan juga dilaksanakan. Projek ini berjumlah lebih kurang BND24 juta. Ini adalah bagi memastikan bahawa projek-projek lain seperti perumahan tidak akan menjejaskan kawasan-kawasan yang berhampiran. Dalam hubungan ini pihak kerajaan amat peka akan kesan-kesan dari pembangunan yang tidak terkawal, kesan dari climate change, deforestation yang mengakibatkan tanah susur dan sebagainya.
Di masa akan datang, setentunya kita akan melihat lebih banyak lagi projek yang perlu dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan. Dan sudah setentunya, kita memerlukan bukan saja sektor swasta yang kukuh dan berkemampuan melaksanakan prjek-projek mega, tetapi yang jujur dan amanah apabila berurusan dengan pihak Kerajaan (strong, trustworthy, reliable and capable partner). Alhamdulillah, pada masa ini kerjasama di antara kedua pihak memang sudah terjalin erat, tetapi untuk kita mencapaiWawasan 2035, mungkin kita perlu menilai semula framework atau jalinan kerjasama yang sedia ada, bagi memastikan kita semua berada di dalam win-win situation, dan kepentingan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara. Perkara ini telah pun kita lakukan sedikit demi
sedikit.
Sekian yang ingin saya sampaikan di Majlis ini. Sekali lagi tahniah kepada pemborong yang berjaya, tetapi ingatlah juga akan tanggungjawab dan obligations biskita setelah ditawarkan projek-projek tersebut.


