Saturday, May 25, 2013
   
TEXT_SIZE

Majlis Penutup Program Kursus Induksi dan Sesi Muzakarah

Ucapan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman di Majlis Penutup Program Kursus Induksi dan Sesi Muzakarah pada hari Selasa, 8 Rejab 1433 Hijriah / 29 Mei 2012 Masihi bertempat di Mangrove Paradise Resort, Jalan Kota Baru.


Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat-Nya serta dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul di majlis kita pada pagi ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta kursus induksi yang telah menamatkan kursus pada selama sebelas hari. Saya berharap semua peserta kursus mendapat manafaat dari kursus ini yang diungkayahkan sebagai usaha kementerian untuk mendedahkan biskita dengan kerja-kerja yang mencabar yang bakal dihadapi di kementerian dan jabatan-jabatan di mana biskita ditugaskan.

Saya difahamkan dalam tempoh kursus itu dijalankan peserta-peserta kursus telah menjalani pelbagai latihan, taklimat-taklimat, siri lawatan dan aktivit-aktiviti kerja secara berpasukan.

Dengan adanya kursus sedemikian pegawai-pegawai yang menyertai kursus ini akan mendapat pendedahan dan penjelasan mengenai pentadbiran dan prosedur-prosedur Kerajaan, peraturan-peraturan am, Akta-Akta dan Undang-Undang, Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam, Peraturan Kewangan dan lain-lain.

Setentunya biskita, yang kini telah pun mempunyai pekerjaan merasa lega kerana mungkin ada sudah yang menunggu untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan pengalaman serta cita-cita masingmasing. Entah berapa lama sebahagian daripada biskita sudah menunggu entah berapa banyak surat permohonan yang di hantar kepada prospektif majikan berapa banyak resume yang telah disediakan berapa kali turun naik pejabat menghadiri temu duga dan sebagainya. Akhirnya ditawarkan pekerjaan.

Diharapkan pekerjaan yang ditawarkan kepada para pegawai adalah sesuatu yang dihajati, yang tepat dengan jurusan dan kelulusan masing-masing.

Sebenarnya, mencari pekerjaan dewasa ini bukanlah mudah. Di samping keadaan job market yang semakin berkurangan, termasuk di Negara Brunei Darussalam, di mana peluang pekerjaan mungkin tidak seimbang dengan jumlah pencari kerja (job seekers), majikan sekarang, sama ada di pihak kerajaan atau firma-firma swasta, akan mengambil masa yang lama untuk mengisi jawatan-jawatan kosong - mereka mahu pekerja yang ditawarkan pekerjaan adalah tepat dan sesuai bagi jawatan yang hendak di isi. Kalau dulu pekerja yang memilih pekerjaan, sekarang majikan yang memilih pekerja.

Majikan lebih cenderung kepada pekerja yang mempunyai kepakaran dalam satusatu bidang yang khusus, di samping berkebolehan dan bersedia melakukanĀ multitasking. Majikan juga lebih cenderung kepada pekerja yang mempunyai inisiatif sendiri melatih diri, mempelajari perkara-perkara yang baru, yang kreatif, inovatif, yang pasti dapat making contribution kepada organisasi majikannya. Jika tidak, majikan akan membiarkan jawatan itu kosong sahaja, sehingga the right person walks in.

Setelah bekerja persoalannya sekarang ialah apakah biskita berjaya dalam pekerjaan masing-masing?

Ada beberapa tips yang boleh dikongsikan jika seseorang yang baru memulakan pekerjaan itu, hendak berjaya.

1. Sering bertanya. jangan segan untuk bertanya dengan co-workers mengenai kerjakerja yang dilakukan. Walaupun kita mempunyai kelulusan yang tinggi dan kepakaran tidak bermakna kita tahu segala-galanya. Biasakan diri dengan budaya kerja yang sedia ada dan jika ada perubahan yang akan dikenalkan jangan cepat membuat terlalu banyak perubahan.

2. Tentukan apa sasaran biskita - What are your targets in one year, two years time and so on. Apa yang hendak capai.

3. Bersikap positif kepada keupayaan dan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja-kerja yang diberi.

4. Tunjukkan kesibukan walaupun apabila mula-mula bekerja tidak banyak kerja yang diberi. Jangan nampaknya seolah-olah kita tidak tahu apa yang dibuat atau kita menunggu arahan baru kita membuat sesuatu.

5. Cari mentor yang boleh membimbing biskita, orang tempat kitani mengadu, mendapat bantuan, orang yang bersedia mendengar masalah kitani, orang yang menjadi contoh kepada kitani yang cukup pengalamannya.

6. Hormati rakan sekerja kita dengar pendapatnya, mungkin ideanya lebih baik tidak ada salahnya jika kita menerima idea tersebut walaupun ia datangnya dari pegawai bawahan.

7. Sentiasa bersedia untuk memnimba ilmu yang baru, sama ada dalam pekerjaan kitani atau dalam bidang-bidang yang berkaitan.

8. Build your network - kenali sebanyak mana yang boleh mereka-mereka yang dalam pejabat di mana biskita ditugaskan. Kenali juga mereka di pejabat-pejabat lain bukan di kementerian kita sendiri. It will come handy dalam biskita menjalankan tugas. Sometimes 'its not what you know, its who you know'.

9. Minta feedback tentang kerja-kerja yang telah diberi bagi tujuan pembaikan.

10. Tampilkan diri sebagai seseorang yang boleh diberi tanggungjawab confident knowledgeable and trustworthy seorang yang merupakan asset kepada organisasi tersebut bukanĀ  liability.

Sekian sahaja dahulu yang saya ingin sampaikan. Saya berdoa semoga semua pegawai dan kakitangan yang baru bertugas satu dua tahun kebelakangan akan menjadi warga Kementerian Pembangunan yang boleh menyumbang kepada kerja-kerja di kementerian secara amnya. Apatah lagi di mana pada masa ini ekspektasi orang ramai kepada penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan semakin meningkat. Jadilah warga Kementerian Pembangunan bukan hanya jabatan-jabatan di mana biskita bertugas.

Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Unit Sumber Tenaga Manusia, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan kerana telah mengadakan majlis pada pagi ini.