PRESS CONFERENCE
Sidang Akhbar
MUSABAQAH TILAWATIL QUR’AN BELIA ASIA TENGGARA KALI KE – 4, 2007 PADA 16 RABIULAWAL 1428 / 4 APRIL 2007
JAM 2.00 PETANG, TINGKAT 3 BILIK MESYUARAT AT-TAQWA, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
DATO PADUKA AWG HAJI JEMAT BIN HAJI AMPAL SELAKU SETIAUSAHA JAWATANKUASA TERTINGGI MUSABAQAH TILAWATIL QUR’AN BELIA ASIA TENGGARA 2007
Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualikum Warahmatullahi wabarakatuh
Para hadirin serta pihak media
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah sudi hadir begi sesi Sidang Akhbar petang ini.
Saya ingin memaklumkan bahawa Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia Asia Tenggara kali ke 4 pada 10, 12, 13 April 2007 iaitu tiga malam berturut-turut bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Kali pertamanya ia diadakan adalah pada tahun 2000, kali ke 2 pada tahun 2003 dan kali ke 3 pada tahun 2005. Musabaqah ini adalah anjuran Jawatankuasa Tertinggi di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Belia dan sukan. Musabaqah ini diadakan bagi menjunjung hasrat Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam pada Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara ASEAN kali ke 3 di Manila pada 14-15 Disember 1987 dimana Baginda menyatakan hasrat Negara Brunei Darussalam memainkan peranan aktif dalam pelancaran rancangan Pertukaran Belia dalam ASEAN.
Duli yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah berkenan untuk berangkat dan seterusnya mengurniakan sabda serta menyempurnakan perasmian Musabaqah Tilawatil Qur’an Belia asia Tenggara 2007 pada 11 April 2007. Pada malam itu, seramai 4 orang peserta akan bertanding iaitu 2 Qari dan 2 Qariah. Pada malam ke dua, seramai 14 peserta akan bertanding, iaitu 7 qari dan 7 qariah.
Pada malam ketiga iaitu 13 April 2007, Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertua Negar Brunei Darussalam telah berkenan untuk berangkat bagi menyampaikan titah dan seterusnya mengurniakan hadiah dan cendramata kepad johan Qari dan johan qariah, para peserta dan hakim-hakim.
Antara tujuan Musabaqah ini diadakan adalah Memupuk dan menyemai rasa persahabatan dan persaudaraan serta kerjasama belia Asia Tenggara, Menolong serta membantu bagi meninggikan mutu pembacaan Al-Qur’an di kalangan belia asia Tenggara, Menyambungkan peningkatan mutu bacaan dari peringkat beia dan seterusnya ke peringkat ewesa samaada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Pada Tahun ini seramai 9 buah Negara ASEAN akan menyertai musabaqah ini iaitu Cambodia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Indonesia dan Negara Brunei Darussalam selaku Tuan Rumah.
Setiap Negara menghantar 2 orang peserta iaitu seorang Qari dan seorang Qariah kecuali Negara Singapura menghantar seorang Qari dan Negara Thailand menghantar seorang Qariah.
Walau bagaimanapun Negara Brunei Darussalam akan menghantar 4 orang peserta iaitu 2 Qari dan 2 Qariah. Ini adalah berdasarkan kepada syarat-syarat pertandingan bahawa Negara tuan Rumah berhak menghartar lebih daripada seorang Qari dan Qariah jika terdapat negara-negara tidak menghantar peserta di Pertandingan Musabaqah ini. Memmandangkan adanya kekosongan, maka Negara Brunei Darussalam menghantar 4 orang peserta iaitu 2 Qari dan 2 Qariah.
Oleh yang demikian, seramai 18 orang peserta akan menyertai pertandingan Musabaqah ini terdiri daripada 9 Qari dan 9 Qariah.
Untuk makluman, Negara Brunei Darussalam akan diwakili oleh Awang Muhammad Fikri bin Haji Awang Metussin, Awang Zulhafiz bin Awang Tengah, Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya (Simpanan), Dayang Nor Faezah binti Haji Emran, Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat dan Dayang Morezah binti Hj Md Deli (Simpanan).
Peserta-peserta ini dipilih setelah menjalani satu bengkel yang dinamakan ‘Bengkel Menghalusi Pembacaan Al Qur’an’ yang diikuti seramai 18 ornag yang terdiri daripada finalis Musabaqah tilawatil Qur’an Belia Kebangsaan 2003 hingga 2006 anjuran Jabatan Belia dan Sukan dan 2 orang wakil iaitu Qari dan Qariah daripada Skim tilawah Al-Qur’an Remaja anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.
Mengenai dengan hadiah, Johan akan meneriam piala pusingan kuria Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dna Yang Di-Pertua Negara Brunei Darussalam, Replika Piala Iringan, Hadiah Iringan, Mushaf Negara Brunei Darussalam, Sijil Penyertaan dan Wang tunai sebanyak B$4,000.00.
Manakala Naib Johan akan menerima Hadiah Iringan, Mushaf Negara Brunei Darussalam, Sijil Penyertaan dan Wang Tunai sebanyak $3,000.00.
Dan seterusnya bagi tempat Ketiga akan menerima Hadiah Iringan, Mushaf Negara Brunei Darussalam, Sijil Penyertaan dan Wang tunai sebanyak B$2,000.00.
Bagi yang tidak berjaya akan meneriam saguhati iaitu cenderamata, Mushaf Negara Brunei Darussalam, Sijil Penyertaan dan Wang Tunai sebanyak $700.00 setiap seorang.
Bagi para jemputan, peramba/kaola/saya mengalu-alukan kehadiran ke Musabaqah tersebut bagi memeriahkan lagi suasana disamping dapat mendengarkan bacaan ayat suci Al-Qur’an dan mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wataala jua, Amin.
Sukacita juga saya memaklumkan bahawa sebanyak 1500 pas masuk telah diagih-agihkan kepada Persatuan-Persatuan Belia di Negara ini, aktab-Maktab, Institusi Pendidikan bagi sama-sama hadir pada malam tersebut.
Orang ramai yang berhasrat untuk hadir pada Musabaqah tersebut bolehlah mendapatkan pas masuk di Urus Setia Musabaah tilawatil Qur’an Belia Asia Tenggara, Tingkat 3, Jabatan Belia dan Sukan, di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atau menghubungi di talian 2381903 atau 2381905
Dan kepada orang ramai uyang tidak berkesempatan untuk hadir pada malam Musabaqah tersebut akan dapat sama-sama mengikuti dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an yang akan disiarkan langsung melalui televisyen.
Pada kesempatan ini, saya ingin menyampaikan hasrat agar semua pihak media dapat memberikan kerjasama untuk mempromosikan dan memberi liputan sepanjang Pertandingan ini berlangsung nanti. Sekian.