Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKRONOLOGI PERKEMBANGAN DAN PENCAPAIAN

  • 1 April 1952
Jabatan Penerangan ditubuhkan dan dikenali sebagai Perkhidmatan Penerangan Brunei.
  • 1954
Cawangan Penerangan di Daerah Belait dan Bilik Bacaan Penerangan ditubuhkan.
  • 1956
Pelita Brunei, akhbar rasmi kerajaan pertama diterbitkan menggunakan bentuk siklostil.
  • 1 Januari 1956/1958

Pengiran Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim (kini dikenali sebagai Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran  (Dr.) Haji Mohd Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim) dilantik sebagai Pegawai Penerangan pertama di negara ini.

Bilik Bacaan Penerangan ditubuhkan di Pekan Bangar, Daerah Temburong dan di Daerah Tutong pada tahun berikutnya.

Dengan penubuhan Perkhidmatan Radio Brunei pada tahun 1957, Perkhidmatan Penerangan memberikan subsidi untuk membeli radio-radio dengan bayaran ansuran bulanan dalam tempoh setahun. Pada tahun 1958, Perkhidmatan Penerangan telah menjual sebanyak 1048 set radio ke seluruh  bandar.

  • 15 Februari 1959
Setelah menjalani pelbagai perubahan, Pelita Brunei buat pertama kalinya dicetak menggunakan mesin.
  • Mac 1960
Terbitan bulanan berbahasa Inggeris bertajuk "Brunei (The Abode of Peace)" telah dicetak yang memuatkan peristiwa sepanjang bulan. Ia diedarkan sebanyak 500 naskhah dan diagihkan luar negeri.
  • 1 Januari 1961
Perkhidmatan Penerangan Brunei dan Perkhidmatan Radio Brunei digabungkan dan dikenali sebagai Jabatan Penyiaran dan Penerangan.
  • 1 Jun1975
Jabatan Penyiaran dan Penerangan dipisahkan menjadi dua entiti, Penerangan ditetapkan untuk Bahagian Penerangan dan diletakkan dibawah bidang kuasa Pejabat Setiausaha Kerajaan.
  • 1981
Ditempatkan di Jalan Mc. Arthur.
  • 1983
Bahagian Penerangan dinaik taraf dan menjadi Jabatan Penerangan.
  • 1 Januari 1984
Jabatan Penerangan diletakkan dibawah bidang kuasa Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
  • 1 Disember 1985

'Brunei Darussalam Newsletter' – sebuah terbitan bahasa Inggeris diperkenalkan.

Pada 1 Disember, Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Brunei digabungkan and dikenali sebagai Jabatan Penyiaran dan Penerangan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

  • 20 Oktober 1986
Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Brunei diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.
  • 1 Mac 1991
Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Brunei dipisahkan menjadi dua jabatan dan menjadi Jabatan Penerangan dibawah Jabatan Perdana Menteri.
  • 1 April 2002
Jabatan Penerangan menyambut Jubli Emas Penubuhan Jabatan Penerangan, 1952-2002.
  • Ogos 2005
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam berkenan menjalani penempatan kerja di Jabatan Penerangan pada 27 Ogos.
  • Februari 2006
Pelita Brunei, akhbar rasmi kerajaan meraikan Jubli Emas.
  • 9 Julai 2008
Pelita Brunei diterbitkan dua kali seminggu (setiap Rabu dan Sabtu) manakala versi online, Pelita Brunei Online tersedia dan dikemaskini setiap hari dan boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn.
  • 18 Julai 2010
Pelita Brunei diterbitkan tiga kali seminggu dengan memperkenalkan edisi Isnin sebagai tambahan kepada edisi Rabu dan Sabtu.
  • 21 Mac 2012
Jabatan Penerangan menerima tapak bagi kompleks baru jabatan.
  • 1 April 2012
Jabatan Penerangan menyambut 60 tahun Penubuhan Jabatan Penerangan, 1952-2012.
  • 2014
Bangunan tambahan Jabatan Penerangan mula digunakan.
  • 18 Ogos 2016
Jabatan Penerangan mula memperkenalkan E-paper Pelita Brunei yang boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar atau tablet  melalui laman sesawang www.epaper.pelitabrunei.gov.bn
  • 9 Mei 2017
Jabatan Penerangan melancarkan Aplikasi Mudah Alih 'InfoDeptBN'.