Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Memperkasa semangat patriotisme

(BERITA 2)STPRI2.jpg

(BERITA 2)STRPI4.jpg

Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Mohd.Zul-Izzi Haji Duraman


BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Januari. – Dalam usaha yang berterusan untuk menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI). 

 

Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Noorhijrah binti Haji Idris. Dalam taklimat tersebut, beliau telah menyentuh mengenai 'Raja Kita', tatacara yang betul mengibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Allah Peliharakan Sultan' dengan lebih terperinci. 

 

Taklimat yang berlangsung di Dewan Kuliah, STPRI itu turut dihadiri oleh Pengetua STPRI, Dayang Tutty Hyrneeita binti Haji Abdul Latip dan Timbalan Pengetua Pentadbiran.

 

Seramai 140 pelajar dari Tahun 7 sekolah berkenaan menghadiri taklimat tersebut. 

 

Selain itu, program tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi khususnya dalam diri pelajar khususnya terhadap cintakan raja, bendera negara dan juga lagu kebangsaan. 

 

Para pelajar juga berpeluang untuk menyaksikan beberapa tayangan video klip iaitu 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'. 

 

Program Taklimat Kenegaraan itu turut dimeriahkan dengan Aktiviti Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Pengetua Sekolah kepada pelajar yang berjaya menjawab kuiz tersebut.


Attachments
Created at 05/02/2020 09:09 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 05/02/2020 09:09 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin