Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Semai semangat patriotisme

(BERITA 1)INFODEPT11-04.jpg

​Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman 

 

TUTONG, Sabtu, 18 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di Sekolah Menengah Sufri Bolkiah. 

 

Taklimat Kenegaraan disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, selaku Ketua Cawangan Jabatan Penerangan Daerah Tutong, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahuddin. 

 

Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai 'Raja Kita', tatacara mengibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan lebih terperinci. 

 

Program ini merupakan salah satu usaha yang berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara. Selain itu, ia juga bagi mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri pelajar melalui lagu kebangsaan dan bendera negara. 

 

Taklimat yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sufri Bolkiah itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran Sekolah Menengah Sufri Bolkiah, Awang Eddy Nazrin bin Haji Seruji. Seramai 130 pelajar dari Tahun 7 sekolah berkenaan mengikuti taklimat berkenaan.

 

Seterusnya, pelajar juga berpeluang menyaksikan tayangan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi 'Tatacara Menaikkan Bendera Negara'.

 

Taklimat Kenegaraan tersebut turut dimeriahkan dengan Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada penuntut yang berjaya menjawab kuiz tersebut.


Attachments
Created at 05/02/2020 09:07 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 05/02/2020 09:09 AM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin