Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Kukuhkan semangat patriotik pelajar

(BERITA 1)INFOfoto9-03.jpg

(BERITA1)INFOfoto9-05.jpg

(BERITA1)INFOfoto9-06.jpg

​Siaran Akhbar : Jabatan Penerangan / Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

 

JERUDONG, Selasa, 21 Januari. - Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan meneruskan lagi Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Jerudong. 

 

Taklimat Kenegaraan tersebut disampaikan oleh Pegawai Penerangan selaku Ketua Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris. 

 

Dalam taklimat tersebut, beliau antara lain menyentuh mengenai Raja Kita, tatacara mengibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan lebih terperinci. 

 

Program yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Sayyidina Hussain, Jerudong itu turut dihadiri oleh Pengetua Sekolah, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad, timbalan pengetua dan tenaga pengajar. 

 

Seramai 163 pelajar menghadiri program tersebut yang bertujuan untuk mengukuhkan semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi khususnya dalam diri penuntut melalui cintakan raja, bendera negara dan lagu kebangsaan. 

 

Selain itu, program ini merupakan salah satu usaha yang berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan juga negara.

 

Para pelajar juga berpeluang untuk menyaksikan tayangan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi tentang tatacara menaikkan bendera negara. 

 

Bagi memeriahkan lagi program, para pelajar juga berpeluang untuk menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Pada akhir program, penyampaian hadiah diberikan kepada para pelajar yang telah berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan.


Attachments
Created at 01/02/2020 02:00 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin
Last modified at 01/02/2020 02:00 PM by Mohammad Wirman Bin Hj Matussin